Monday, October 15, 2012

Kembali menulis

Terlalu lama rasanya aku tak menulis di ruangan kesayanganku ini. Sibuk dengan urusan seharian. Biasalah..nak mula tu yang susah sket...tapi kalau dah mula...kadang-kadang payah nak berhenti. Ada jer...idea nak coretkan something.

Tambahan lagi, now I've become selective. Tak semua benda boleh kuceritakan di sini. Especially kalau tak mendatangkan apa-apa faedah pun untuk orang yang membacanya. For me, sharing is caring and of course it's must be beneficial for all. Bukankah berdakwah itu ada pelbagai cara. Sama ada secara sedar atau tak sedar. Moga-moga ada penilaian di sisi Allah SWT. Sebab aku sedar yang diri ini terlalu banyak dosa untuk ditanggung.

Buat permulaan hari ini, aku ingin kongsikan satu artikel yang sangat berguna untuk para ibu bapa dalam mendidik anak-anak iaitu 40 kesalahan dalam mendidik anak-anak.



1) pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) 'perhubungan' suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) kurang berlemah-lembut dengan anak-anak.

4) memaki hamun sebagai cara menegur anak-anak.

5) tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.

6) jarang bersama anak-anak sewaktu mereka makan.

7) melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8) membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) kurang menzahirkan kasih sayang.

10) sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.

12) tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.

14) tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) tidak memprogramkan masa rehat dan riadah bersama anak-anak.

16) tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal atau syubhah.

18) tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.

21) tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.

25) memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) tidak menunaikan janji yang  dibuat terhadap anak-anak.

28) tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.

29) tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) lambat memberi perhargaan kepada anak-anak.

33) kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.

34) hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.

38) memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) tidak tegas mendidik anak-anak.

40) tidak menggalakkan anak-anak hidup berkerjasama.