Tuesday, September 18, 2012

Diberikan kesempatan.

Last Saturday, aku berkesempatan untuk bersama-sama dengan Syeikh al-Aqsa, Raed Solah. Raed Solah merupakan Tokoh Perjuangan Pembebasan Baitul Maqdis. Ceramah perdana ini diadakan di perkarangan Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Isu Palestin sudah lama ingin aku ketahui dengan lebih lanjut. Terutamanya mengenai kepentingan Masjid al-Aqsa kepada umat Islam. Selama hari ini, aku hanya mampu bersimpati pada nasib penduduk Palestin di atas penindasan yang dilakukan oleh Tentera Zionis-Yahudi laknatuLLAH. Bersimpati atas dasar perikemanusiaan. Tetapi, sekarang setelah aku faham....simpati aku adalah di atas dasar agamaku, Islam. Tetapi aku tak mampu untuk memperjuangkan jihadku di sana. Sebagai seorang perempuan, kewajipanku adalah pada suamiku. Itu yang lebih utama. Hanya doa yang mampu aku panjatkan pada saudara-saudaraku di Palestin. 

AlhamduliLLAH, suamiku telah mendafttarkan diri sebagai sukarelawan AmanPalestin. Sebagai seorang isteri, aku amat menyokongnya.












No comments:

Post a Comment