Monday, September 10, 2012

A reminder for me (....and for sharing, of course)


Mari muhasabah diri, mari jadikan diri kita takut akan azab Allah SWT. Apa akan terjadi apabila kita meninggalkan solat fardhu secara sengaja?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-siakan akan solat lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksaan. Enam di dunia, tiga ketika hendak mati, tiga di dalam kubur, dan tiga lagi semasa bangun dari kubur menuju ke akhirat"

Enam siksaan semasa di dunia.

* Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan.
* Rezeki tidak diberkati.
* Dipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
* Tiada mendapat bahagian daru doa orang-orang yang soleh
* Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah SWT
* Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah SWT

Tiga siksaan semasa hendak mati.

* Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
* Dimatikan oleh Allh SWT dalam keadaan dahaga, walaupun diberikan minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya.
* Mati dalam keadaan yang sangat lapar

Tiga siksaan semasa di dalam kubur.

* Allah SWT menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dan kiri.
* Dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya.
* Allah SWT mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yangn bernama Suju'al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir.

Semasa hari kiamat

* Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan  rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut ke dalam mulutnya sehingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali di bahagian muka dan belakangnya.

Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksaan tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.

No comments:

Post a Comment