Tuesday, September 18, 2012

National Monument.

Anak perempuan aku sangat-sangat meminati rancangan  Oh, My English! So, every Sunday, dia akan mengadap TV. For me, it's ok since that programme is beneficial to her. Aku pun enjoy jugak watching it! Nak dijadikan cerita, adalah one of the episodes yang ceritakan tentang Tugu Negara. Apalagi, Maryam excited lah nak pergi sebab dia cakap dekat jer...KL jer.

Rasa malas nak pergi, almaklumlah tempatnya ialah Tugu Negara. Seingat aku, my last visit was in primary school, rombongan sekolah. Bila difikir-fikirkan balik, layan jerlah permintaan anak aku nih. Ok,apa?!










Diberikan kesempatan.

Last Saturday, aku berkesempatan untuk bersama-sama dengan Syeikh al-Aqsa, Raed Solah. Raed Solah merupakan Tokoh Perjuangan Pembebasan Baitul Maqdis. Ceramah perdana ini diadakan di perkarangan Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Isu Palestin sudah lama ingin aku ketahui dengan lebih lanjut. Terutamanya mengenai kepentingan Masjid al-Aqsa kepada umat Islam. Selama hari ini, aku hanya mampu bersimpati pada nasib penduduk Palestin di atas penindasan yang dilakukan oleh Tentera Zionis-Yahudi laknatuLLAH. Bersimpati atas dasar perikemanusiaan. Tetapi, sekarang setelah aku faham....simpati aku adalah di atas dasar agamaku, Islam. Tetapi aku tak mampu untuk memperjuangkan jihadku di sana. Sebagai seorang perempuan, kewajipanku adalah pada suamiku. Itu yang lebih utama. Hanya doa yang mampu aku panjatkan pada saudara-saudaraku di Palestin. 

AlhamduliLLAH, suamiku telah mendafttarkan diri sebagai sukarelawan AmanPalestin. Sebagai seorang isteri, aku amat menyokongnya.












Monday, September 10, 2012

A reminder for me (....and for sharing, of course)


Mari muhasabah diri, mari jadikan diri kita takut akan azab Allah SWT. Apa akan terjadi apabila kita meninggalkan solat fardhu secara sengaja?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-siakan akan solat lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksaan. Enam di dunia, tiga ketika hendak mati, tiga di dalam kubur, dan tiga lagi semasa bangun dari kubur menuju ke akhirat"

Enam siksaan semasa di dunia.

* Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan.
* Rezeki tidak diberkati.
* Dipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
* Tiada mendapat bahagian daru doa orang-orang yang soleh
* Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah SWT
* Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah SWT

Tiga siksaan semasa hendak mati.

* Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
* Dimatikan oleh Allh SWT dalam keadaan dahaga, walaupun diberikan minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya.
* Mati dalam keadaan yang sangat lapar

Tiga siksaan semasa di dalam kubur.

* Allah SWT menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dan kiri.
* Dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya.
* Allah SWT mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yangn bernama Suju'al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir.

Semasa hari kiamat

* Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan  rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut ke dalam mulutnya sehingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali di bahagian muka dan belakangnya.

Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksaan tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.