Tuesday, August 28, 2012

Isyraf mencelah.

Nak masukkan jugak gambar anak buah aku yang sorang nih. Gerammm....sangattt...!!




Bersama Big Uncle Fad yang kepingin sangat nak timang baby lagi. He...he...he...

Raya di Perak.

Tahun ni, aku berkesempatan untuk menyambut Hari Raya di rumah mertua aku di Bagan Serai, Perak. Sempat jugaklah aku berpuasa bersama-sama dengan famili mertua aku. Sepanjang perkahwinan, aku tak pernah mengamalkan sistem giliran untuk pulang berhari raya. Ikut mana sempat dan yang lebih penting komitmen kerja suami aku. Maklum sajalah...kerja bahagian operasi. Kadang-kala, dapat bercuti awal dan kadang-kala pulak dapat bercuti agak lambat. Aku sudah terbiasa dengan situasi sebegitu. Takder ralat sedikit pun...walau di mana aku berhari raya. Apa yang penting bagi aku ialah dapat pulang berhari raya bersama-sama dengan kaum keluarga dan berkesempatan untuk bermaafan dengan kedua ibu bapa dan mak mertua. 

(Yang sedihnya tak dapat pakai baju raya sebab semua baju aku,anak-anak dan suami kat rumah aku kat Kedah)



Anak buah aku, Muhammad Idris Afifi.


My next anak buah, Muhammad Adam Syamil.


Mother & son.

Mother in-law & daughter in-law.

The-caca-marba-baju-raya-2012

Ibrahim and his Along.

Maryam and her Along.