Tuesday, July 24, 2012

The latest picture of my anak dara.

Salah satu perkara yang aku selalu rasa macam tak percaya ialah I have my own kids. Terutamanya anak perempuan aku, Ilham Maryam. Terasa sangat masa itu berlalu terlalu pantas. It is so wonderful looking  at her, growing up every single days. She's inside my womb before. Sungguh tak percaya!

Semakin Maryam membesar, semakin ketara perubahan pada wajah dan bentuk tubuh badannya. Pada pandangan aku, Maryam lebih mewarisi genetik di sebelah suami aku. Lebih mewarisi darah berketurunan India. Manakala si adiknya, Ikhlas Ibrahim lebih kepada genetik di sebelah aku iaitu Cina dan Siam.

And, I think she will be taller than me.

Cuma, apa yang selalu bermain di fikiran aku iaitu bersediakah aku untuk menjadi seorang ibu yang baik untuk berhadapan dengan anak yang semakin meningkat remaja? Apakah pulak cabaran-cabarannya?

Satu yang aku pegang ialah biar aku menangis sekarang kerana penat  menjaga dan mendidik anak-anak aku daripada aku menangis di kemudian hari disebabkan kelalaian aku dalam mendidik mereka.




No comments:

Post a Comment