Thursday, July 5, 2012

Semalam yang sudah berlalu...

Yesterday night is nisfu Syaaban.


Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengna keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadar. 

Nisfu Syaaban juga adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 Syaaban sebaik sahaja masuk Maghrib).

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban:

1) Memperbanyakkan puasa sunat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu. maka dia seperti orang yang mati syahid".

2) Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepadaNya serta menhan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit".

3) Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili r.a, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

"Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu".

No comments:

Post a Comment