Tuesday, July 24, 2012

Kian bercambah...

Perasaan itu kian bercambah di hatiku. AlhamduliLLAH.

Cuma,

Aku takut yang perasaan itu tidak kekal lama. Aku telah pilih jalan ini (yang sebetulnya bukanlah pilihan tetapi kewajipan). Aku berharap sangat yang hati aku akan kekal pada jalan ini.

Pada mulanya, terasa berat atas perubahan ini. Terlalu berat dan janggal. Tetapi,  aku cuba paksakan diri ini kerana aku yakin akan datang rasa keikhlasan atas keterpaksaan ini. Walaupun mana mungkin akan datang 100% keikhlasan. But, I'm trying harder. Trying to be a good slave.


Perubahan bukan hanya melibatkan lahiriah semata-mata. Kalau sekalipun aku berjaya berubah dari segi berpakaian, itu bukanlah kayu ukur dalam erti perubahan  yang sebenar-benarnya. Aku masih di dalam proses mendidik hati dan jiwa aku agar selari dengan apa yang dipakai. Bukankah dengan pemakaian dapat membentuk peribadi, jika benar-benar atas niat yang betul?

Buat pertama kalinya aku dapatkan rasakan "security" atas diri aku ini. What a wonderful feeling! Aku dah tak kisah pada pandangan sekeliling. Kolot or whatever. As long as I know what I'm doing. Aku berdoa agar aku dihindari daripada segala perasaan riak atau ujub dan tetapkanlah hati aku  pada jalan yang satu ini. Amin.

No comments:

Post a Comment