Sunday, July 29, 2012

Bab bersalam dengan bukan mahram.

Sometimes, aku pun terkeliru dalam bab-bab bersalaman nih. Dengan siapa yang kita boleh bersalam dan dengan siapa pulak yang kita tak boleh bersalam. Nak-nak pulak kalau melibatkan sedara yang mempunyai hubungan bau-bau bacang. Mungkin pada sesetengah kita tidak memberatkan akan hal ini. Dan mungkin juga yang akan pandang ringan akan hal ini. Bagi mereka, soal ini tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan pun. Mungkin juga ada yang masih samar-samar akan hal ini. Tapi, tak salahkan kalau kita belajar mengetahui apa yang kita tak tahu?

Ermm...pernah terjadi pada aku apabila ada sedara yang bukan mahram menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku masih menyambut salamnya, tetapi hanya setakat dihujung jari sahaja. Tidaklah sampai menggenggam erat salamnya. Pada aku, salamnya wajib aku sambut untuk tidak menjatuhkan air mukanya. Kerana walaupun dia bukan mahram aku, tetapi dia rapat dengan aku.Tetapi, percayalah...dia sendiri akan perasan dan sedar yang dia tidak sepatutnya bersalaman dengan kita  apabila kita menjaga "tatasusila" ketika bersalaman dengannya. Dakwah itu tak semestinya dengan komunikasi semata-mata. Dakwah itu bersifat global. Kadang-kala, dakwah itu lebih berkesan hanya dengan perbuatan.

 Walau apa pun niat kita untuk memberikan kesedaran kepada orang lain, jangan sampai orang-orang sekeliling rasa benci pada kita. Kalau dah macam tu, apa yang nak disampaikan takkan tercapai. Nabi junjungan kita, Rasulullah SAW berdakwah pun dengan cara yang amat lembut. Bersesuaian dengan fitrah manusia yang sangat sukakan pada kelembutan.

Thanks to Numeeqah for this useful chart.

No comments:

Post a Comment