Sunday, July 29, 2012

Bab bersalam dengan bukan mahram.

Sometimes, aku pun terkeliru dalam bab-bab bersalaman nih. Dengan siapa yang kita boleh bersalam dan dengan siapa pulak yang kita tak boleh bersalam. Nak-nak pulak kalau melibatkan sedara yang mempunyai hubungan bau-bau bacang. Mungkin pada sesetengah kita tidak memberatkan akan hal ini. Dan mungkin juga yang akan pandang ringan akan hal ini. Bagi mereka, soal ini tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan pun. Mungkin juga ada yang masih samar-samar akan hal ini. Tapi, tak salahkan kalau kita belajar mengetahui apa yang kita tak tahu?

Ermm...pernah terjadi pada aku apabila ada sedara yang bukan mahram menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku masih menyambut salamnya, tetapi hanya setakat dihujung jari sahaja. Tidaklah sampai menggenggam erat salamnya. Pada aku, salamnya wajib aku sambut untuk tidak menjatuhkan air mukanya. Kerana walaupun dia bukan mahram aku, tetapi dia rapat dengan aku.Tetapi, percayalah...dia sendiri akan perasan dan sedar yang dia tidak sepatutnya bersalaman dengan kita  apabila kita menjaga "tatasusila" ketika bersalaman dengannya. Dakwah itu tak semestinya dengan komunikasi semata-mata. Dakwah itu bersifat global. Kadang-kala, dakwah itu lebih berkesan hanya dengan perbuatan.

 Walau apa pun niat kita untuk memberikan kesedaran kepada orang lain, jangan sampai orang-orang sekeliling rasa benci pada kita. Kalau dah macam tu, apa yang nak disampaikan takkan tercapai. Nabi junjungan kita, Rasulullah SAW berdakwah pun dengan cara yang amat lembut. Bersesuaian dengan fitrah manusia yang sangat sukakan pada kelembutan.

Thanks to Numeeqah for this useful chart.

Tuesday, July 24, 2012

Kian bercambah...

Perasaan itu kian bercambah di hatiku. AlhamduliLLAH.

Cuma,

Aku takut yang perasaan itu tidak kekal lama. Aku telah pilih jalan ini (yang sebetulnya bukanlah pilihan tetapi kewajipan). Aku berharap sangat yang hati aku akan kekal pada jalan ini.

Pada mulanya, terasa berat atas perubahan ini. Terlalu berat dan janggal. Tetapi,  aku cuba paksakan diri ini kerana aku yakin akan datang rasa keikhlasan atas keterpaksaan ini. Walaupun mana mungkin akan datang 100% keikhlasan. But, I'm trying harder. Trying to be a good slave.


Perubahan bukan hanya melibatkan lahiriah semata-mata. Kalau sekalipun aku berjaya berubah dari segi berpakaian, itu bukanlah kayu ukur dalam erti perubahan  yang sebenar-benarnya. Aku masih di dalam proses mendidik hati dan jiwa aku agar selari dengan apa yang dipakai. Bukankah dengan pemakaian dapat membentuk peribadi, jika benar-benar atas niat yang betul?

Buat pertama kalinya aku dapatkan rasakan "security" atas diri aku ini. What a wonderful feeling! Aku dah tak kisah pada pandangan sekeliling. Kolot or whatever. As long as I know what I'm doing. Aku berdoa agar aku dihindari daripada segala perasaan riak atau ujub dan tetapkanlah hati aku  pada jalan yang satu ini. Amin.

The latest picture of my anak dara.

Salah satu perkara yang aku selalu rasa macam tak percaya ialah I have my own kids. Terutamanya anak perempuan aku, Ilham Maryam. Terasa sangat masa itu berlalu terlalu pantas. It is so wonderful looking  at her, growing up every single days. She's inside my womb before. Sungguh tak percaya!

Semakin Maryam membesar, semakin ketara perubahan pada wajah dan bentuk tubuh badannya. Pada pandangan aku, Maryam lebih mewarisi genetik di sebelah suami aku. Lebih mewarisi darah berketurunan India. Manakala si adiknya, Ikhlas Ibrahim lebih kepada genetik di sebelah aku iaitu Cina dan Siam.

And, I think she will be taller than me.

Cuma, apa yang selalu bermain di fikiran aku iaitu bersediakah aku untuk menjadi seorang ibu yang baik untuk berhadapan dengan anak yang semakin meningkat remaja? Apakah pulak cabaran-cabarannya?

Satu yang aku pegang ialah biar aku menangis sekarang kerana penat  menjaga dan mendidik anak-anak aku daripada aku menangis di kemudian hari disebabkan kelalaian aku dalam mendidik mereka.




Isyraf yang semakin babab!

Anak buah aku yang semakin hari semakin tembab macam Long Nin nyer jugak!



Tiga bersaudara.

Saat yang paling berharga.

Tiada apa lagi yang paling membahagiakan selain dapat menghabiskan masa bersama keluarga yang tercinta. AlhamduliLLAH, hari pertama berpuasa, dapat aku berbuka puasa bersama-sama dengan semua kaum kerabat. Yang lebih terharu ialah apabila ibu dan abah aku sendiri yang datang meraikan kami adik-beradik kat sini. Ermm....sepatutnya, kami adik-beradik yang balik ke kampung. Syukur, ibu dan abah amat memahami tuntutan dan kengkangan kami (kerja etc).

Walaupun tak semeriah waktu berbuka puasa zaman kanak-kanak dulu (berebut lauk lah, bergaduh lah etc), tapi sedikit sebanyak dapat merubat kerinduan itu.



Thursday, July 5, 2012

Semalam yang sudah berlalu...

Yesterday night is nisfu Syaaban.


Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengna keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadar. 

Nisfu Syaaban juga adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 Syaaban sebaik sahaja masuk Maghrib).

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban:

1) Memperbanyakkan puasa sunat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu. maka dia seperti orang yang mati syahid".

2) Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepadaNya serta menhan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit".

3) Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili r.a, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

"Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu".

Wednesday, July 4, 2012

Ustaz Azhar Idrus cakap....

Ustaz Azhar Idrus mentioned thru his facebook, "....isteri yang solehah ialah isteri yang sentiasa meminta maaf dari suaminya setiap kali hendak tidur..."


Errmm.....tak pernah lagi aku buat macam tu. I  only make my apology if I make a mistake to my husband.

It's time to change the habits, I guess.

Tuesday, July 3, 2012

Argghhh......!

Terlalu sukar untuk aku mempertahankan apa yang sedang aku cuba untuk mendapatkannya. Terlalu sukar. Banyak dugaannya. MasyaAllah!

To be honest, I'm not 100% sincere in doing this. I'm doing this because I have no choice. Not me only. All of us are actually have no choice. And, this is what I'm doing now. In that way, I really hope that one fine day...I will find the 'sweetest' moment in my life.


But it is not easy to fulfil the accountabilities. So many tribulations are coming to me. So many! Sometimes, I feel that I cannot look up in the sky. People surround me sometimes make me suffocate. It's hurt me. Deep down my heart. I'm not doing this because I want to change the image.The way I look. But, it is instructed by HIM. I have no choice. As simple as that the philosophy.

To accomplish with the philosophy is not as easy as you are think. Really need more courage and patience. 

One thing for sure, I'm not doing this because of the people...but I'm doing this for the sake of HIS' blessings.