Wednesday, June 27, 2012

Bertudung kerana terpaksa?

1) Isu tidak mahu bertudung (menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Begini ulasannya, Allah SWT dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung. Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajipan itu. Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di UK, dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis. Atas sebab itu, pemandu yang asalnya 'brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK.

Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab luaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah sistem dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu yang lain. Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut!). Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIPAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambaNya. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajipan untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam. Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak jaga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. Kesimpulannya, 'ingin berubah hasil hati sendiri','tidak ikhlas' dan 'tidak mahu hipokrit', itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajipannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah SWT dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlaknya. Ia adalah teknik syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Jelas dari hadis Nabi SAW dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih baik dari kita agar kita terus berusaha. Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Bukan sekarang masa untuk berubah? 

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat, baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi. Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan  di hadapan Allah.

p/s: thanks a lot to my dear friend, Sab.
      also thanks to the original writer - hani solehah.

Engagement Day: Cik Lah

Nak tunggu all the pics from the photographer, tapi still on editing works. So, aku upload dululah gambar-gambar yang sedia ada. I will upload more after this. InsyaAllah.

Here, I want to express all my gratitudes to the Almighty for this engagement day. AlhamduliLLAH, everything is running smoothly. And I pray for the sake of my beloved sister, Cik Lah. I really hope this tie will be end up with marriage's knot.







Monday, June 25, 2012

AlhamduliLLAH (Thank You, Allah)!


AlhamduliLLAH and all the praises to Allah for this opportunity in my life.
May Allah blesses me and guides me through this path.
And, I am really afraid if I'm lost again.........

Aurat tidak akan tertutup dengan berperangai baik.
Aurat tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik.
Aurat tidak akan tertutup dengan solat, tetapi,
Aurat hanya akan tertutup dengan pakaian yang sempurna.

"...dan janganlah kamu mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya..."

Surah Al-Baqarah, ayat 42.


Sunday, June 10, 2012

Malang tidak berbau


Ntah apa yang ada di dalam fikiran suami aku sehingga secara tak sengaja langgar divider kat tol Jalan Duta.

Taknak cerita panjang, let's the pictures talk.

Spare tyre yang sangatlah kelakar pada pandangan aku. Terpaksa pakai sebab tayar dah pecah teruk. 



Maka terpaksalah tukar kedua-dua tayar walaupun satu yang rosak. Mana ada orang tukar satu tayar jer....kata husband aku.


Ingat dah settle with the tyres. Rupa-rupanya there's another problem. Chamber dah patah.
Have to change.


Have to do the alignment test sebab alignment dah out.

Sedih sebab banyak duit yang terkorban...happy sebab dapat tayar baru!

Thursday, June 7, 2012

Jungle Tracking @ FRIM

This year, actually, both of us ( husband & I ) have a target to be achieved. Azam untuk tahun 2012. Biasalah nama pun manusia, pasang azam, nak tunaikannya tu yang agak payah. Kalau boleh (bukan KALAU, MESTI buat), we want to change our weekend's activities. Nak masukkan aktiviti for exercising. Iyelah...umur memasing pun bukan makin muda lagi. Dah masuk 3 series pun. Kalau boleh lifestyles pun kenalah tukar. 

Lagipun, anak-anak pun dah besar. So, we're decided to concentrate on our activities lah pulak. Kalau dulu, penat membesarkan anak, bersengkang matalah, tak tidur (this is not mengungkit, ok)...kini tibalah masa untuk spend for our own activities.


Last weekend, tertunailah hajat aku dan husband nak pegi jungle tracking. Kitaorang pilih FRIM for this activity. Nak start jogging, lelah jugaklah sebab dah lama tak exercise. So, kitaorang started by walking meredah hutan kat FRIM. Walaupun namanya, berjalan-jalan jer....tapi Masya ALLAH....tersemput-semput jugaklah aku dibuatnya. Aku yang terkebelakang, husband aku & Ibrahim dah menonong ke depan.

For the first time, my heart is 'working' so hard. Best sangat sebab rasa 'something'. Rasa satu perasaan yang sangat 'release'. The oxygen is pumping to the brain smoothly. Before this while, otak aku tak banyak pump oksigen kot. Sebab tulah, asyik sakit kepala jer. InsyaALLAH, we will keep continuing for this activity.


Besides enjoying ourselves with the nature, one thing yang aku terperasan ialah almost 80 percent Chinese did this activity. Yang Malay tak ramai pun. Why...huh...? At the park also, you will see mostly Chinese yang walking, jogging. For Malay, they prefer on picnic. I'm not racist, but I'm talking based on my observation. Kat kedai mamak pun sama, mostly Malays yang banyak lepak & makan. Especially during dinner time. Ermmm.....it's time to change!

Tuesday, June 5, 2012

Semalam yang indah

Yesterday was my 7th wedding anniversary. That's means we'd been together in seven years.
So many things happened in the past seven years.

Happiness.....,
Sorrow......,
Vain....,

Yet, we're still here....
because we'd shared the same loves!


This card was so special because it was done by me.