Thursday, May 31, 2012

Terubat rindu di hati....

Dah terubat rindu di hati nak pi tengok anak buah, si Isyraf. Suka tengok budak-budak terutamanya yang masih baby...tapi, malas nak jaga. Boleh macam tu....?

Macam mana..haaa....aku nak explain perangai aku nih. Aku suka budak, tapi aku tak tahan nak layan karenah budak. Part nih...memang aku bermasalah. But for sure, I have improved a lot semenjak aku ada anak sendiri. Trying to be more patient, bertolak-ansur dan yang paling penting trying to understand jiwa kanak-kanak. Kalau ada yang bertanya untuk aku menambah bilangan anak, aku angkat bendera putih lah...! Setakat ni lah....tak berani cakap lebih-lebih, kang Allah SWT nak bagi....takkan aku nak tolak pulak.



Si Isyraf pun dah 2 months, berat badan pun dah naik. AlhamduliLLAH, my sister in-law is breastfeeding him exclusively. Tengok both my brother and my sister in-law, teringat waktu-waktu aku bersusah payah nak jaga  Maryam & Ibrahim. Lelah jugaklah. But believe me, you'll forget all the tribulations when they are getting older.

Macamlah waktu kita hadapi sakit nak bersalin. Time tuh...hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya nak bersalin. Dalam hati dok pikir-pikir dah taknak conceive dah lepas nih. Tak daya nak beranak lagi.

Bila keluar jer....anak tu, dah takder nyer...pikir sakit lagi. Hilang macam tu jer.....Itulah sedikit kelegaan yang diberikan Allah SWT kepada setiap yang bergelar ibu. SubhanaLLAH...!

No comments:

Post a Comment