Monday, May 21, 2012

Her journey...

Sabtu lepas, aku ke sekolah anak perempuan aku, Maryam. Ada parents-teacher-meeting. Seperti selalu, perjumpaan ini adalah untuk membincangkan perkembangan anak-anak di sekolah for this semester.

Seperti selalu, aku takderlah expect apa-apa for Maryam. Sebabnya, aku tahu potensi dan kemampuan anak perempuan aku ni. Bukanlah bermaksud untuk aku membanggakan diri, dan bukanlah bermaksud yang aku tak perlu risau langsung pada pelajarannya. Tetapi sebagai seorang ibu, aku tahu apa yang perlu aku tahu. Itu tak menimbulkan kerisauan buat aku.

AlhamduliLLAH, pelajarannya excellent, cepat pick-up, and she loves to learn something new. And, according to her teacher, she's doing so great in her lesson. Kebanyakkan buku latihan di  sekolahnya dah pun habis dibuat. Dan itu juga tak merisaukan aku.

Tapi.....yang amat merisaukan aku ialah.....HOW TO MAINTAIN THESE...? Secara terus-terang aku katakan, tekanannya amat berat buat aku sebagai seorang ibu. Tekanan untuk memastikan yang anak aku sentiasa sukakan pelajarannya, tidak berasa boring etc. 

Bagi aku, kejayaan tak boleh diukur berdasarkan pencapaian di dalam pelajaran semata-mata. Kejayaan itu bersifat universal. Aku amat mengharapkan yang Maryam berjaya sebagai seorang muslimah yang sejati. That's my ultimate wish for my daughter.

Sebagai seorang ibu, setiap hari aku berdoa agar Maryam sentiasa  dipermudahkan perjalanan hidupnya. Kalau sekalipun Allah SWT memberikannya ujian di dalam hidupnya, tunjukkanlah dan bukakanlah jalan-jalan penyelesaian buatnya. Jangan disempitkan jalan untuk menuju redhaNya.

No comments:

Post a Comment