Monday, May 14, 2012

Cadang nak berjogging....

kat KLCC Park. Ambik angin baru. Bukanlah berjogging actually, just walking. Maklumlah, dah lama sangat tak exercise. Berat badan pun dah berkati-kati naiknya. Kalau time study dulu, selalulah jugak jogging ker, kayak ker etc. Semenjak dah berkahwin nih, rasa malas sangat.

Kebetulan pulak office husband aku tak berapa jauh daripada KLCC, sepelaung jer. Sometimes, husband aku pegi ke office time weekend, selesaikan apa-apa yang patut. Aku anak-beranak akan ikut sekali. Boring jugak kalau terperap kat rumah jer. Especially, anak-anak aku.Time weekend ni lah, nak bawak diaorang ambik angin kat luar jugak.

Itulah, kitaorang ke KLCC Park ni...kekonon nak buat exercise sket. Berpeluh jugaklah kitaorang beriadah kat sini, tapi...tetiba jer....si Maryam & Ibrahim terpandang tempat pancuran air (water cooler). Jakun jugaklah diaorang sebab husband aku tunjukkan skill nya meminum air kat sini. Teringat time dok kat hostel dulu, katanya. He...he...he....

Apalagi si Maryam & Ibrahim pun nak try jugak macam mana yang babah diaorang buat. Ternganga-ngangalah  mulut dua beradik nih tadah air yang terpancut daripada tab water cooler. Kelakar pulak aku tengok aksi dua beradik ni.

Alih-alih, bukannya buat exercise....dok mengadap benda alah tu. Siap ikut turn lagi, lepas si kakak...si adik pulak. sabar jerlah....jenuh jugaklah aku dan husband dok menunggu. Tapi, takper....kasi diaorang puas dulu. Bukan selalu nak jumpa benda alah ni. He...he...he...





No comments:

Post a Comment