Thursday, May 31, 2012

For sharing.

Semalam sempat aku berborak-borak dengan husband aku. Selalunya, tak dapat bercerita panjang dengan husband aku time malam-malam cenggini. Terutamanya weekdays. Normally, husband aku akan  tidur dulu until 11 p.m, then only dia akan bangun for solat etc. Penat, katanya. Aku pun malas nak ganggu. Let him take a nap & rest.

Topik yang kita borakkan ialah berkenaan dengan kasih & sayang Allah pada hambanya. Dengar macam serius, kan? The topic is serious but we are always take it easy. Mungkin pada sesetengah husband & wife, macam kelakar jer...nak bercakap soal-soal yang macam nih. Tapi, ntahlah....for me & husband.....that's our styles. 

Ok, berbalik kepada cerita yang aku nak ceritakan di sini.

Teringat waktu aku bekerja di Honda Malaysia dulu. Kebanyakkan colleague aku adalah Chinese and Japanese. Ada sorang dua Malays, tapi Malay yang tak macam Malay. Atau lebih tepat lagi, Muslim yang tak macam Muslim. Faham-faham jerlah.....Tapi, aku takder hal berkawan dengan sesapa pun as long as he/she be nice to me and tak ganggu hidup aku. Hal dia dengan tuhan, itu bab lain. Siapalah aku nak judge other people.

Nak dijadikan cerita, one fine day....aku dan colleague aku nak keluar lunch sama-sama. Five of us, 2 Malays, 1 Japanese and the rest are Chinese. We're decided to have our lunch at the Italian Restaurant on that day. Kerja kat sini memang duit berkepuk-kepuk jugaklah. Kalau setakat nak makan kat restoren yang eksklusif, tkder hal punya!

The best part is, this restaurant is chosen by our Japanese's colleague. For sure, dia takkan pikir HALAL & HARAM ni semua. Tak boleh nak salahkan dia jugak, she's not a Muslim. Eventhough, aku bergaul dengan semua bangsa, AlhamduliLLAH I can manage on the HALAL & HARAM things.

On the way nak ke sana, hati aku berdebar-debar jugaklah, dok pikir apa yang nak makan. Takkan nak minum air sajer kot. Dessert pun belum tentu lagi halal. Apesal aku tak decline jer tadi. Boleh ker...macam tuh? Aku pandang my Malay's colleague. Selamba jer...aku tengok. For her, mungkin ini dah biasa. Puasa pun boleh makan in an open air. Takkan yang ni tak boleh kot!

Sampai jer..kat restoren..wahhh......so exclusive! Konfem tak halal.....kalau setakat red wine tuh...mesti letak punya kat dalam foods. Itu yang kita paling risau, benda haram yang tak nyata and tak nampak. Jantung aku dah berdengup kencang, rasa macam guilty sangat. Sangat-sangat. Tak tau nak explain macam mana. Hanya  pada Allah SWT sahaja aku berserah. Hanya Rahmat Allah SWT sahaja yang dapat menyelamatkan aku time nih. Aku percaya kalau Allah SWT sayangkan aku, DIA akan menyelamatkan.

Duduk jer...sambil dok buat-buat belek apa yang nak makan...datang the chef. Chef ni pun orang Itali jugak.  Hensem jugak...sempat lagi tu....Actually, this restaurant has an open kitchen. Maknanya, kita akan nampak all the cooks are preparing the foods. Terkejut jugak aku, apahal pulak si  chef came to our table. Nak halau aku ker...?

Dengan nada suara yang sangatlah gentle sambil tersenyum dan dengan loghat Italinya yang agak pekat, dia berkata,

"Excuse me ladies, I'm really sorry because all the foods here are prohibited for Muslim. We served wine and pork."

Pork.....uweekkkkk......nak termuntah aku dengar!

Aku pandang wajah my Malay's colleague. Dia agak termalu-malu sebab at first lagi, dia macam tak bother on this matter.

" Thank you, sir. I really appreciate that." 

What do you expect me to say? So many thanks to him and thanks a lot to our Merciful, the Almighty...Allah SWT for saving my faith!

Dengan rasa rendah diri aku lafazkan,

In the names of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful"

Terubat rindu di hati....

Dah terubat rindu di hati nak pi tengok anak buah, si Isyraf. Suka tengok budak-budak terutamanya yang masih baby...tapi, malas nak jaga. Boleh macam tu....?

Macam mana..haaa....aku nak explain perangai aku nih. Aku suka budak, tapi aku tak tahan nak layan karenah budak. Part nih...memang aku bermasalah. But for sure, I have improved a lot semenjak aku ada anak sendiri. Trying to be more patient, bertolak-ansur dan yang paling penting trying to understand jiwa kanak-kanak. Kalau ada yang bertanya untuk aku menambah bilangan anak, aku angkat bendera putih lah...! Setakat ni lah....tak berani cakap lebih-lebih, kang Allah SWT nak bagi....takkan aku nak tolak pulak.



Si Isyraf pun dah 2 months, berat badan pun dah naik. AlhamduliLLAH, my sister in-law is breastfeeding him exclusively. Tengok both my brother and my sister in-law, teringat waktu-waktu aku bersusah payah nak jaga  Maryam & Ibrahim. Lelah jugaklah. But believe me, you'll forget all the tribulations when they are getting older.

Macamlah waktu kita hadapi sakit nak bersalin. Time tuh...hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya nak bersalin. Dalam hati dok pikir-pikir dah taknak conceive dah lepas nih. Tak daya nak beranak lagi.

Bila keluar jer....anak tu, dah takder nyer...pikir sakit lagi. Hilang macam tu jer.....Itulah sedikit kelegaan yang diberikan Allah SWT kepada setiap yang bergelar ibu. SubhanaLLAH...!

Monday, May 21, 2012

KL Bird Park

Menunaikan hajat anak-anak aku yang nak pi tengok burung secara live! Kesiannn......











Her journey...

Sabtu lepas, aku ke sekolah anak perempuan aku, Maryam. Ada parents-teacher-meeting. Seperti selalu, perjumpaan ini adalah untuk membincangkan perkembangan anak-anak di sekolah for this semester.

Seperti selalu, aku takderlah expect apa-apa for Maryam. Sebabnya, aku tahu potensi dan kemampuan anak perempuan aku ni. Bukanlah bermaksud untuk aku membanggakan diri, dan bukanlah bermaksud yang aku tak perlu risau langsung pada pelajarannya. Tetapi sebagai seorang ibu, aku tahu apa yang perlu aku tahu. Itu tak menimbulkan kerisauan buat aku.

AlhamduliLLAH, pelajarannya excellent, cepat pick-up, and she loves to learn something new. And, according to her teacher, she's doing so great in her lesson. Kebanyakkan buku latihan di  sekolahnya dah pun habis dibuat. Dan itu juga tak merisaukan aku.

Tapi.....yang amat merisaukan aku ialah.....HOW TO MAINTAIN THESE...? Secara terus-terang aku katakan, tekanannya amat berat buat aku sebagai seorang ibu. Tekanan untuk memastikan yang anak aku sentiasa sukakan pelajarannya, tidak berasa boring etc. 

Bagi aku, kejayaan tak boleh diukur berdasarkan pencapaian di dalam pelajaran semata-mata. Kejayaan itu bersifat universal. Aku amat mengharapkan yang Maryam berjaya sebagai seorang muslimah yang sejati. That's my ultimate wish for my daughter.

Sebagai seorang ibu, setiap hari aku berdoa agar Maryam sentiasa  dipermudahkan perjalanan hidupnya. Kalau sekalipun Allah SWT memberikannya ujian di dalam hidupnya, tunjukkanlah dan bukakanlah jalan-jalan penyelesaian buatnya. Jangan disempitkan jalan untuk menuju redhaNya.

Monday, May 14, 2012

Cadang nak berjogging....

kat KLCC Park. Ambik angin baru. Bukanlah berjogging actually, just walking. Maklumlah, dah lama sangat tak exercise. Berat badan pun dah berkati-kati naiknya. Kalau time study dulu, selalulah jugak jogging ker, kayak ker etc. Semenjak dah berkahwin nih, rasa malas sangat.

Kebetulan pulak office husband aku tak berapa jauh daripada KLCC, sepelaung jer. Sometimes, husband aku pegi ke office time weekend, selesaikan apa-apa yang patut. Aku anak-beranak akan ikut sekali. Boring jugak kalau terperap kat rumah jer. Especially, anak-anak aku.Time weekend ni lah, nak bawak diaorang ambik angin kat luar jugak.

Itulah, kitaorang ke KLCC Park ni...kekonon nak buat exercise sket. Berpeluh jugaklah kitaorang beriadah kat sini, tapi...tetiba jer....si Maryam & Ibrahim terpandang tempat pancuran air (water cooler). Jakun jugaklah diaorang sebab husband aku tunjukkan skill nya meminum air kat sini. Teringat time dok kat hostel dulu, katanya. He...he...he....

Apalagi si Maryam & Ibrahim pun nak try jugak macam mana yang babah diaorang buat. Ternganga-ngangalah  mulut dua beradik nih tadah air yang terpancut daripada tab water cooler. Kelakar pulak aku tengok aksi dua beradik ni.

Alih-alih, bukannya buat exercise....dok mengadap benda alah tu. Siap ikut turn lagi, lepas si kakak...si adik pulak. sabar jerlah....jenuh jugaklah aku dan husband dok menunggu. Tapi, takper....kasi diaorang puas dulu. Bukan selalu nak jumpa benda alah ni. He...he...he...





The latest picture of my nephew.

Hajat di hati, teringin bebenor nak tengok anak buah, si Isyraf. Nak tengok perkembangannya. Tapi, tak berkesempatan lagi. Time parents aku datang tempoh hari, aku pulak bekerja. Sudah sebulan rupanya anak buah aku nih. Ciklah, Asu & Ateh dah pegi tengok. Tinggal lagi Long Nin & Uncle Fad tak pi tengok lagi. InsyaAllah, kalau takder aral melintang....aku plan nak pi tengok dalam masa yang terdekat nih. Ajak Ciklah & Ateh...ok jugak!

Isyraf & Ateh

Isyraf & ciklah

Sunday, May 13, 2012

Welcome back to my home!

Walaupun takder orang nak wish kat aku, aku sendiri akan wish kat diri sendiri.
Bukan apa, dah lama sangat aku tak menulis kat 'rumah' aku nih.
Bukan dah stop menulis, tapi...kemalasan yang amat sangat telah membelenggu diri ini.
Walaupun , terasa rindu sangat nak menulis apa yang terbendung di dalam hati ini.
Chewwahhh.......poyo!

To be honest, aku sangat suka menulis. Tapi, selalunya tak berkesempatan disebabkan tugasan yang lain-lain.
Almaklumlah, memenuhi tuntutan sebagai seorang isteri, ibu, dan pekerja.

So, InsyaAllah...from now onwards...aku akan sentiasa meng'update' my blog. Especially, for my sister's engagement on this coming 16/06. Hopefully, everything is ok.