Monday, February 13, 2012

Tak istiqamah, baik tak payah!

Aduhh....mendidih jugak hati ni bila dengar orang cakap macam tuh kat aku. Ini semua gara-gara si Maryam yang belajar pakai tudung, tapi on-off. Sekejap pakai, sekejap tak pakai. Maka, adalah yang bercakap...kalau macam tu, baik tak payah pakai langsung!

Ermm....terpikir jugak aku, adakah sama situasinya? Mencuba something yang baik? Bukan dapat dosa pun. Untung-untung, dapat pahala sebab berniat dan berusaha to be good.

Lagipun, my daughter tak berkewajipan lagi untuk menutup aurat sepenuhnya. Tak haram baginya and tak jatuh dosa lagipun. Cuma, aku nak membiasakan anak PEREMPUAN aku dengan tudung. Nak keluar rumah, aku akan pakaikan tudung. Half an hour later, dia mintak take-off, panas katanya. At first, aku akan pujuk dulu, terangkan kenapa dia perlu pakai tudung. Then only, aku akan take-off tudungnya if she's really insisted to.

Bukan senang nak mendidik anak-anak pada era ni. We, as a mother have to be smart. Moreover, aku tak nak Maryam rasa terpaksa untuk memakai tudung. Biarlah ianya berlaku atas kerelaan dan kefahamannya sendiri. Sebabnya, for these reasons...Maryam akan lebih menghargai nilai berhijab bagi seorang perempuan!

No comments:

Post a Comment