Thursday, February 23, 2012

Menu yang agak rare for our dinner.

Pernah dengar cendawan busut? Ada yang pernah dengar kot...cuma aku jer....yang macam 'katak bawah tempurung'. Tak pernah dengar, lihat, apatah lagi makan.

This exotic food (for me, eksotiklah...) diperkenalkan oleh office-mate aku. Husbandnya terlibat dengan bab-bab pertanian nih. Katanya, cendewan busut nih dikutip di ladang milik Felda Agricultural Services Sdn. Bhd. di Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru. Sekilo cendawan nih dijual dengan harga RM5. Murah, kan...? Fresh....terbaik dari ladang!


Malam tu jugak aku masakkan untuk famili aku. Tanya kakak-kakak kat office, cara apa yang best nak masak cendawan nih. Mengikut kata pakar-pakar ni, cendawan ni boleh dibuat masak lemak cili api, goreng dengan cili api & bawang pun boleh, buat sambal tumis pun boleh, buat sup pun boleh, goreng tepung pun boleh etc.

Aku memilih untuk buat masak lemak cili api. Tapi, aku tak tumbuk cili api tu sebab takut anak-anak aku tak boleh nak makan pulak. Aku letak sebijik-sebijik cili api. Maryam suka, Ibrahim lagi suka (dia kan...vegetarian) and husband aku pun tersangatlah suka! Rasa nak beli lagi, tapi kena tunggu musim. Bukan hari-hari dapat makan. That's why I called it RARE!

2 comments:

  1. perghh.... x tbayang nak wat masak lomak cili api weeiii... akak plak, blik jer mlm rabu tu, wat goreng kicap brmpaikan daging... superb... smpai dh tkompius, mana satu cendawan & mana satu daging. sbb rasa cendawan ne kenyal2 sket...di jamin x der bau sbb akak x suka cendawan tiram nyer bau + rasa pelik tu. kata abg, sbb dia fresh grown, mmg x der bau, tp cendawan tiram org tanam pakai habuk papan, tu yg ada rasa pelik tu.. Akak mmg dh order in advance, klu2 ada lg mggu depan2. maklumlar, pagi ne ujan..... hehehe....

    ReplyDelete
  2. Tulah....saya pun order in advance. Barang baik takkan nak lepas kot! So, sape cepat...dia dapat...!HA...HA...HA...

    ReplyDelete