Monday, February 27, 2012

Masakan Minang.

Terasa nak share kengkawan on this restaurant. Last weekend, merantau ke tempat adik aku, Cik Lah kat Port Dickson. On the way back, kitaorang singgah di Seremban. Lidah dan perut aku terasa sangat nak makan masakan nogori. Kat Port Dickson, jangan haraplah nak jumpa masakan Minang. Tak habis-habis dengan yang bakar-bakar, ikan bakar la, kerang bakar la, siput bakar la....la...la...la...

Tapi, aku tak tahu tempat makan mana yang paling best untuk menikmati masakan minang nih. Kalau kat sini, setakat ni yang paling best ialah Restoren Salero Nogori. Restoren ni banyak cawangannya. Cawangan yang pernah aku makan ialah di Amcorp Mall, PJ. Boleh tahan jugaklah!

Tinjau punya tinjau, terpandang this kind of restaurant. Baik aku cuba. Kesimpulannya, masakannya sedap dan berbaloi dengan apa yang dibayar. So, cubalah masakan minang kat sini kalau berkesempatan ke Seremban. Restoren ni terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Negeri Sembilan.

Masak lemak cili api ayam kampung. Pedas giler...!


Gulai Tunjang (favourite aku). Setahu aku, tunjang ialah urat di kaki lembu.


Yang dipilih oleh husband aku, dendeng daging dengan sambal cabei hijo. Mantap!


Yang dipilih oleh aku, petai bilis. Perghhh...!


This is the restaurant.

No comments:

Post a Comment