Thursday, January 19, 2012

Ombak Rindu.

Dah lama sebenarnya aku nak citer2 pasal filem Ombak Rindu nih. Tapi, rasa malas sangat nak menaip. Lagi pulak takder mood. Itu sebenarnya. Kiranya, this entry macam lapuklah sket.

Semenjak keluarnya filem Ombak Rindu kat cinema,  terasa sangat nak pergi menonton. Dengar pulak review daripada kengkawan yang dah menonton filem ini, membuatkan aku tak senang duduk. Bikin panas jer...emosi aku nih.

Sudahnya aku ajak cik husband aku pergi tengok. Agak malang bagi aku sebab kena reject. Pelbagai pujuk rayu aku dah buat untuk melembutkan hati cik husband aku. Jugak ditolak.

Nasib baik ianya ditayangkan di ASTRO First. Dan....dan...tu jugak, aku subscribe. Tengah hari, tengah harilah...takdernya aku nak tunggu malam lagi. Selalunya, aku akan subscribe filem kat ASTRO First pada tengah malam. But not this time! Actually, husband aku pun tak tahu yang aku dah tempah filem ni.

Excited nih...nak tengok lakonan mantap si Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani etc!

10 minit.....20 minit.....45 minit......,

Bila aku nak nangis nih? Kawan aku cakap filem ni boleh membuatkan kita menangis.

Ermmm....aku rasa macam aku tengok slot Cerekarama lah pulak. Takderlah best sangat. Ker...sebab aku tengok kat TV bukan kat panggung wayang. Sebab tu, takder feel? Kalau sebab tu, kenapa filem Lagenda Budak Setan, boleh pulak aku nangis tanpa aku sedari? Itupun aku tengok kat TV jer...?


Oooo....sebab Lagenda Budak Setan, sad-ending. Ombak Rindu pulak, happy-ending. Logik,logik,logik...!

Apesal si Lisa Surihani suka sangat ketap-ketapkan bibir bila berdialog? Oooo....watak antagonis, kena macam tu. Boleh diterima akal.

Apasal aku boleh agak yang si Aaron tu sebenarnya anak kandung kepada Zaidi Omar, padahal aku tak pernah baca novel nih? Ooooo....sebabnya aku nih jenis yang inovatif, kreatif, fantasi. Tu yang aku boleh agak jalan ceritanya.

Rating yang aku nak bagi, 5 out of 10. Walaupun, aku tak suka penceritaannya, editing, mesej....sekurang-kurangnya aku boleh belajar cara make-up macam Lisa Surihani and yang paling penting, aku boleh ajar husband aku untuk jadi romantik macam Aaron Aziz!

No comments:

Post a Comment