Sunday, January 8, 2012

Lunch kat FRIM

Dah lama sebenarnya aku teringin sangat nak pegi FRIM nih. Sementelah lagi, aku terbaca review on this place. Macam best jer...aku sebenarnya memang suka sangat lepak kat tempat-tempat yang penuh dengan kehijauan. Rasa damai sangat. Sekaranglaaa....zaman muda remaja dulu suka tempat yang happening. La ni...dah tak boleh, nanti kepala jadi pening!

Seperti yang sedia maklum, aku suka lepak kat rumah time-time weekend. Selain merehatkan diri sendiri, boleh jugak aku settlekan kerja-kerja rumah yang terbengkalai. Ataupun, masak untuk family. Time weekend nilah...aku nak tunjukkan skill memasak aku kat cik husband dan anak-anak. Iyelah....si Maryam dah sound  suruh aku join Master Chef for the next season! Terbakar jer....!

So, weekend tu...aku masakkan kari ayam. Ajak Maryam and Ibrahim makan, macam takder sambutan. Takper....sombong, ye...?! Aku guna plan ke-2. Makanan tak boleh nak ubah, iyelah....takkan nak buang kot yang aku dah penat-penat masak. Aku ubah venue. Having lunch kat FRIM.

Senang jer nak pegi sini. Tempat pun ok, yang penting bersih. Of courselah sebab di bawah pengurusan Institut Perhutanan Malaysia. Banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini, antaranya seperti jogging dan yang paling best canopy walking. Tapi that activity hanya available from morning until 2.30 p.m.

Perut still kosong, berendam dalam air...nasi seperiuk pun tak cukup. Kih...kih...kih....tadi jual mahal taknak makan! Makan dalam air pulak tuh...perghhhh......memang mengancam habiss!

"Mommy, kalau macam nih...kita makan hari-hari kat sini jerlah!".

????!!!!!










No comments:

Post a Comment