Tuesday, January 24, 2012

First step.

Setiap kali aku memakaikan  baju pada anak perempuanku, Maryam, suamiku pasti bersuara,

"Nin, takder baju lain ker? Bie tengok skirt ni pendek sangatlah. Tak sesuailah, Maryam pun dah besar. Next year, dah nak masuk standard 1".

Terdiam jer...aku mendengarnya. Kenapa susah sangat aku nak mengubah sesuatu kepada yang lebih baik?

Dah lama sebenarnya husband aku menyuarakan pendapat dan pandangannya supaya Maryam dipakaikan baju-baju yang lebih sopan. Dalam erti kata yang lain, menutup aurat walaupun kewajipan untuk menutup aurat belum patut dipatuhi. Oklah....0-5 years, bolehlah nak 'melaram' sket, tapi kalau boleh 5 years and above....kenalah diberikan penekanan on aurat.

Bukan sekali husband aku berpesan sebegitu, tapi hati ini still tak dapat menerimanya.

Apa kata orang sekeliling?
Tidakkah itu namanya diskriminasi pada kanak-kanak?
Tidakkah hak-hak kanak-kanak itu dicabuli untuk mereka aktif bergerak, contohnya?

Padahal yang BERKEWAJIPAN untuk melindungi dan mencorakkan peribadi anak-anak terletak pada kedua IBU BAPA.

Jahilnya aku!

Sehinggalah aku bertemu (via FB) sorang kakak senior aku, Kak Mastura. Dia merupakan seorang doktor dan merupakan rakan usrah group Wardina Safiyyah. Sambil aku membelek-belek akaun FBnya, hati aku tertarik dengan cara didikan pada anak-anaknya. Begitu juga dengan family Wardina. Tertarik dengan cara Wardina mendidik anak-anaknya.

Walaupun dulu Wardina bukanlah yang 'terbaik', tetapi dia membuktikan yang manusia boleh berubah untuk menjadi yang terbaik. From that day, aku menanam keazaman. Wishlist for 2012!

For sure untuk berubah, pasti ada rintangan-rintangannya. Rintangan-rintangan ini yang boleh membantutkan iltizam kita untuk berubah. That's the game!

Macam kes aku, banyak yang perlu aku belanjakan untuk membeli pakaian baru buat Maryam. Yelah....semua bajunya sebelum ni, jenis yang seksi-meksi. I have to spend on her new clothes.

Me and my husband bercadang ke Reject Shop di Jusco Bukit Raja for shopping. This is among my favourite hotspot kalau nak beli baju for my kids. This is because kualiti cotton nya and some more it's branded. Walaupun namanya reject yang sometimes kita takkan perasan pun cacat-cela pada baju-bajunya!

Dalam fikiran aku nih, mesti semuanya more than RM200. Tak kisahlah, sampai jer kat kaunter bayaran, si cashier tu tanya, "Puan taknak jadi member ke? Sebab Puan dah spent banyak nih!".

"Berapa membership's fees? Apa benefit to be a member?".

"Membership's fees hanya RM10 setahun. Benefit nya, Puan akan dapat diskaun 10% for each items."

Ok jugak. Terus aku register atas nama cik husband aku. Tetiba, si cashier ni bersuara,

"Oooo....date of birth, 1st of January,ye?".

Aku mengangguk. Apa kena dengan tarikh lahir pulak. Suspen...jer!

"In that case, Puan akan dapat 20% off for each items. Sempena dengan bulan kelahiran."

AlhamduliLLAH, harga yang perlu aku bayar hanyalah RM150. Walaupun sepatutnya more than RM200!

Allah SWT mempermudahkan segala-galanya buat aku daripada aku membeli clothes sehinggalah aku membeli tudung buat Maryam di Al-Amin Kids, SACC Mall. Benarlah kalau kita hendak berbuat baik, pasti Allah SWT membukakan jalan-jalan penyelesaiannya. Yang penting kita ikhlas untuk berubah.

Believe me, hati aku rasa tenang dan puas dengan apa yang aku sepatutnya lakukan setahun yang lalu. This is the first step before other steps!




No comments:

Post a Comment