Wednesday, January 11, 2012

Antara Garisan

Semalam sambil-sambil melipat kain baju, aku tertengok satu rancangan tv yang menarik perhatian aku. Terasa nak share kat sini. Manalah tahu boleh ambik apa-apa yang patut.

Drama bersiri, Antara Garisan. Setahu aku, dulu drama ni pernah ditayangkan di ASTRO Ria. Alah...yang pelakonnya adalah Norkhiriah, yang lain-lain aku dah tak ingat. So, this time...they come out with drama bersirilah pulak. But, the message is still the same. Korang kena tengok nih. Every Monday at 9 p.m. kat ASTRO Ria.

Kisahnya bermula begini, ada sekumpulan 4 orang mat rempit dok berkeliaran sambil menaiki motosikal. Dah nama pun mat rempit, mestilah naik motor, kan? Kalau sebut mat rempit nih, mesti ramai yang mencebik mulut, tak suka. Saperlah yang sukakan mat rempit nih. Unless, kalau pakwe dia ialah mat rempit. Apa nak dikata.

4 orang mat rempit nih merayau-rayau sambil menunggu mangsa untuk diragut. Mana tahu, untung-untung dapat habuan besar. Bila dah dapat habuan besar, bolehlah belanja besar. Belanja apa tuh...? Tetttt...!

Memang langkah kanan betul sebab ada pulak 2 orang mamat dok berjalan-jalan. Apalagi, strategi diatur oleh keempat-empat mat rempit nih. 2 orang ditugaskan untuk meragut, sementara 2 orang lagi ditugaskan untuk mengawal keadaan.

Sampai jer masa dan waktu yang sesuai, terus 2 orang mat rempit nih menjalankan tugasnya sebagai peragut. TETAPI, agak malang bagi mereka sebab orang yang mereka ragut tu boleh melawan balik. Silap perhitunganlah. Maka, terjatuhlah 2 orang mat rempit ni daripada motor mereka. Bila dah terjatuh, teruslah dibelasahnya kedua-dua mat rempit nih.Yang 2 orang lagi mat rempit dah cuak. Masing-masing cabut. Takkan nak tunggu kot. Kang tak pasal-pasal kena belasah. Nama jer ada semangat setia kawan, sehidup semati. Tapi kalau geng kena belasah, takdernya nak ditolong. Diaorang nih hanya berani bila ramai.

Dua orang mamat yang dok belasah ni pun satu hal. Cukup-cukuplah sekadar belasah sikit-sikit. Ini tak, belasah tak ingat punya. Hampir suku nyawa dibuatnya 2 orang mat rempit tuh. Kebetulan pulak kat situ ada kedai makan. Orang yang makan kat kedai tu pun turut 'menolong' untuk membelasah 2 orang mat rempit tersebut. Bayangkanlah 2 lawan 5-6 orang.

Tak cukup dengan itu, salah seorang yang membelasah menetak tangan salah seorang mat rempit tu. Hampir terputus tangan tersebut. Boleh pulak dia cakap,"Padan dengan muka engkau. Kalau dah dasar mat rempit, biar takder tangan."

At last, boleh pulak diaorang biarkan kedua-dua mat rempit tersebut kat situ. Terkontang-kanting. Nak dijadikan cerita, lalu sebuah teksi kat situ. Bila terpandang jer ada dua makhluk dok terbaring kat atas jalan, si pemandu teksi tu memberhentikan teksinya. Kebetulan pulak ada penumpang teksi.

"Saper pulak yang dok terbaring kat sini? Cedera pulak tuh, takkan takder yang perasan?", tanya si pemandu teksi.

"Takperlah, pakcik. Kita hantar ke hospital. Diaorang dah cedera parah nih!", si penumpang teksi pulak menyuarakan pendapat. Baik sungguh hati si penumpang tu.

Terhegeh-hegehlah kedua-duanya dok mengangkat dua orang mat rempit yang cedera.

Tetiba,

"Haaa....tak payahlah tolong dua orang mangkuk tuh. Mat rempit tu. Kitaorang dah belasah cukup-cukup. Kejap lagi polis sampai. Kitaorang dah call pun!", salah seorang di kedai makan tu menjawab.

Dengar jer...perkataan "mat rempit", terus si pemandu tu melepaskan kedua-dua mat rempit tu.
"Ahhh.....mat rempit ker? Kalau aku tahu awal-awal, takdernya aku nak berentikan kereta. Pegi mamposlah. Sampah masyarakat ni, menyusahkan orang!". Marah benar si pemandu teksi.

"Pakcik, kita kena tolong jugak diaorang nih. Walaupun diaorang ni mat rempit. Dah cedera parah ni, pakcik. Dalam keadaan macam ni, kita wajib tolong." Wahh.....lagi sekali sungguh murni hati si budak penumpang teksi nih.

"Kalau kau baik sangat, kau tolong. Aku memang menyampah dengan mat-mat rempit nih!!". Pakcik teksi ni memang jenis yang tak makan saman punya. Laju jer...dia naik teksinya dan terus blah. Tinggallah si budak penumpang teksi tu dengan mat-mat rempit tersebut.

Nampak tak, permainannya di sini? Permainan oleh saper, korang fikir-fikirkanlah sendiri. Bertepuk tanganlah makhluk ini kerana berjaya memperdayakan cucu Nabi Adam A.S secara halus. 

Sekarang saper yang lebih kejam? Rasanya apakah penilaian Allah SWT?

Sometimes, we always feel that we're better than others.

No comments:

Post a Comment