Monday, December 26, 2011

Snow walk yang tak berapa nak best...!

Direct to the point!

Ermm....apa tujuan asal aku tulis blog?
Aku nak share knowledge, pengalaman etc tak kiralah pasal parenting skills ke, family ke, ataupun tempat-tempat yang pernah aku pergi (the best mahupun yang ADO). Sharing is caring. Kalau benda baik kita jadikan panduan, yang tak baik atau kurang baik.....kita jadikan sempadan.

Macam kes aku pegi Snow Walk di I-City nih. On last weekend, my parents came from Kedah. Lepak kat rumah aku. Aku cadangkan pada adik-adik aku pergi Snow Walk. Aku pernah sampai I-city tapi tak pernah masuk lagi ke Snow Walk. So, kitaorang bertolak pada waktu pagi sebab for sure malam akan crowded dengan orang.

Admission fees for adult ialah RM20 (including the jackets) and for kid (above 3 years) ialah RM15. That price from 10 a.m. until 6 p.m. Selepas pukul 6 petang, the price would be RM25 for adult. Itu baru admission fees. Tak termasuk lagi glooves and boots. Boleh beli kat sini dengan harga RM10 dan boots boleh disewa dengan harga RM10. At first, aku taknak beli and sewa all those things. Tapi, disebabkan kat dalam tu terlalu sejuk, terpaksa jugak aku sewakan boots. Untuk aku sefamili. Korang calculate berapa yang aku spent.

Aku tak kisah nak keluar duit lebih kalau apa yang aku buat worth it. Seriously, this place memang tak best.  Lebih kurang Snow House kat Genting. Cumanya kat sini, korang boleh keluar dan masuk sesuka hati rumah salji nih. Kalau kat Genting, tak boleh masuk kalau dah keluar dari Snow House. So, aku cadangkan pada sesapa yang nak pergi sini, bawaklah kasut, gloove dan baju sejuk sendiri. Tak payahlah nak membazir duit beli/sewa semua tu.

Kesimpulannya, aku tak cadangkan datang sini. Tapi, kalau nak rasai sendiri apa yang aku rasai....jemput-jemputlah ke sini. Jangan malu-malu.


p/s: tengok gambar, macam best...kan? Kuasa sekeping gambar....!










No comments:

Post a Comment