Monday, December 26, 2011

Medan Ikan Bakar Jeram.

Pernah dulu aku tulis pasal pantai Jeram. Time aku pergi medan ikan bakar nih belum lagi dibuka.On last weekend aku berkesempatan untuk menjamu selera bersama family aku di sini. So, aku nak share sketlah on my experience having dinner kat sini.

Seperti yang sedia maklum kalau nak makan kat sini, kenalah buat tempahan awal. Takut-takut fullhouse pulak. Aku pun tak buat reservation, so terpaksalah aku sefamili bertolak awal sket. Kitaorang bertolak lebih kurang pukul 6 petang. Sampai kat sana pun dah pukul 6.30 petang. AlhamduliLLAH, ada lagi tempat kosong tapi tak dapatlah nak makan kat wakaf-wakaf buluh yang disediakan. Tempat best, mestilah orang dah booked awal-awal lagi. Walaupun tak dapat makan kat situ, kitaorang still dapat makan mengadap laut. Tak kisahlah kat mana pun yang penting dapat mengadap laut. Baru feel lebih....makan ikan bakar mengadap laut!

Nama restoren nih ialah Aroma Ikan Bakar. Terletak betul-betul kat Jeram. Aku rasa dah ramai yang tahu pasal tempat nih. Aku tertarik untuk ke sini setelah aku membaca review on this place. Nak cuba sendiri.

The points are:

1) Tempat ni very nice and cosy. But, you have to make an earlier reservation.

2) Service pun cepat walaupun customer ramai. Takderlah sampai berjanggut tunggu makanan sampai.

3) Kemudahan surau disediakan untuk menunaikan solat. Iyelah kalau dah datang pukul 6.30 p.m...for sure sampai ke Maghrib tak habis makan lagi. Makan-makan jugak, solat jangan lupa. Kang ada yang tercekik tulang, saper nak tanggung!

4) Seafoods kat sini fresh. Korang pilih jer...senarai harga ada ditampal. Takderlah kita teragak-agak nak ambik. Bolehlah budget-budget lebih kurang, kan?

5) Yang penting harganya reasonable. Tak murah dan tak mahal. Kiranya berbaloi-baloi.

Memang tak rugilah kalau nak belanja famili makan kat sini sekali-sekala, daripada pergi Snow Walk yang ntahapahapantah! Sekian.











Sebahagian seafoods yang dimakan.



No comments:

Post a Comment