Tuesday, December 13, 2011

Klip 3GP

Aku berkesempatan untuk menonton filem (filem ker...atau layak dipanggil telefilem) Klip 3GP on ASTRO First. Biasalah sekarang, terpaksa menonton di ASTRO First jer. Nak ke cinema susahlah sket...nak mengangkut anak-anak bagai. Rasanya tak terlambat lagi aku nak review on this film. Aku takkan review on sifat-sifat teknikal in this film e.g: sinematografi, plot, editing etc.

Bagi sesapa yang pernah menonton filem ini, apa yang korang rasa dan fikirkan? Tetiba naluri dan perasaanku tersentuh. Apa yang aku fikirkan....?

- This is a real scenario yang berlaku dalam kehidupan kita hari ini. Ini tidak dapat dinafikan lagi, bagaimana penyalahgunaan segala macam teknologi. It cannot be denied that nowadays semua orang mampu untuk membeli smart phones, hatta pelajar sekolah pun.

- Penyalahgunaan satu hal. That's not my prime issue kat sini. Apa yang menjadi kegerunan buat aku? Masalah keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat kita, terutamanya bagi yang membawa title ISLAM.

Aku mempunyai ramai kawan dari yang bertudung litup sehinggalah kepada kaki clubbing. So, aku akui senario sebegini sudah menjadi kebiasaan buat kita yang hidup di akhir zaman ini. Maksudnya, bukanlah suatu perkara yang pelik untuk kita terkinja-kinja di kelab-kelab dan dalam masa yang sama kita juga menunaikan solat. Atau....masih menunaikan solat walaupun free-hair. Tak pelik, kan...?

Dalam filem ni, si boyfriend rakam aksi si girlfriend atas katil. In reality, dah berlambak pun, Budak sekolah pun buat, apatah lagi yang 'sedang-sedang matang'. Itu tak kira lagi budak sekolah rendah. Like one of my friends said, dia pernah nampak budak sekolah rendah dok bercium-cium M2M (mouth to mouth) kat belakang bas. Masya-ALLAH...aper cerita...?

Cuba duduk dan tanya pada diri sendiri (termasuk aku), berapa ramai di zaman sekarang ini yang tak pernah langsung menonton pornografi? Tak pernah langsung walaupun secara sengaja atau tak sengaja? Aku taknaklah tuduh sesapa, korang lebih mengenali diri sendiri. To be honest, aku pernah tengok pornografi (May Allah SWT forgive me) melalui internet. Itupun, aku betul-betul nak tahu apa yang dikatakan dengan pornografi. Dan, aku menontonnya setelah aku berkahwin. Walaupun aku menontonnya sekejap, aku rasa tersangatlah nak muntahkan segala isi perut aku. Ntahapaapantah...!

Apa yang istimewa dengan pornografi? For me, it's nothing!!! Biarlah ianya menjadi yang pertama dan yang terakhir buat aku untuk melihatnya. Bagi orang yang boleh berfikir macam kita (harap-haraplah), kita boleh bezakan antara yang baik dan buruk. Tapi, bagaimana pula dengan anak-anak kita? Pernah aku suarakan pada suami aku, mampukah kita untuk mengekang segala bentuk dugaan yang sebegini pada anak-anak kita? Apakah perlu untuk kita mengawasi mereka 24 jam?

Masa kecik, bolehlah....cuba bayangkan kalau mereka dah besar panjang dan mungkin berada jauh daripada mata, hidung, telinga dan tangan kita. Masya Allah...terlalu berat cabaran untuk mendidik anak-anak di akhir zaman ini! Baik anak lelaki atau anak perempuan. Cabarannya sama-sama hebat. Bukan setakat memerlukan kekuatan fizikal tetapi kerohanian itu lebih penting. Mampukah aku...?

Aku pernah duduk dan berbincang dengan husband aku (aku cuba praktiskan untuk sentiasa bermuzakarah mengenai anak-anak), walaupun inisiatif itu datangnya daripada aku. It's normal lah...kan, selalunya si ibu yang prihatin akan hal anak-anak. But, AlhamduliLLAH....eventhough my husband selalunya tak alert...tapi...dia tak pernah menolak untuk berdiskusi. Aku pernah suarakan pada husband  yang aku tak bercadang untuk menambah anak lagi. Entahlah, bukan tak terasa nak ada baby lagi. Tapi bila memikirkan terlalu banyak komitmen baik dari segi mental, fizikal mahupun financial.


Sebabnya, aku sedar yang me and my husband pun sedang berusaha untuk menjadi yang terbaik. Sama-sama belajar. Dua orang anak sudah memadai bagi aku and husband. Tangan kanan pegang sorang anak dan tangan kiri pegang sorang anak. Harap-harap tak terlepas daripada genggaman tangan aku. Kalau terlepas sekali pun, masih ada dua  lagi tangan husband aku memautnya semula. Kalau ada ramai anak, pautan dan genggaman tangan tu kenalah kuat  sebab nak pegang ramai anak, kan? Got me or not...? Korang tafsir sendiri apa yang aku nak sampaikan.

 Aku tak menidakkan sesapa yang mempunyai ramai anak. Sapalah aku nak mempertikaikan urusanNya. Aku bercakap atas konteks diri aku sendiri. Believe me, duit bukanlah segala-galanya dalam hidup ini. Banyak yang perlu dicari dan terlalu banyak yang perlu dipelajari. Tak salah untuk mencari duit lebih. Cuma, jangan sampai mengabaikan keperluan-keperluan lain. Aku takut apa yang sentiasa dikejar sentiasa tak mencukupi sehingga diri sendiri terkorban.

Balik rumah, duduk baik-baik....tenangkan fikiran....dan fikirkan apa itu KEBAHAGIAAN dan apa yang kita inginkan dalam hidup?

No comments:

Post a Comment