Wednesday, December 28, 2011

Hakikat sebuah kehidupan.

Pagi-pagi lagi phone aku berdering, minta diangkat. Nak angkat, tak angkat, teragak-agak jugak aku sebab I'm driving ke tempat kerja. Pandang skrin, ooo.....kawan lama aku time belajar dulu. Apahal pulak nih...? Selalunya  dia akan meluahkan masalah pada aku. Memang aku dah biasa menjadi tempat luahannya. Aku kenalnya pun dah lama semenjak zaman universiti lagi.

"Assalamualaikum, Nin. Sihat, ker?". Sayup kedengaran suaranya dari sana.

"Sihat. Kau pulak macam mana? Engkau call aku ni mesti nak luahkan something, kan...? Kalau tak, takder ler engkau nak ingat aku nih....". Aku mengusiknya.

"Janganlah macam tu, Nin. Bukan aku tak ingat. Tapi, kau tahu kan....aku selesa cakap kat engkau kalau aku ada something nak cerita".

"No sweat, sis. So, apa ceritanya?".

"Aku tengah bengang tahap cipan nih kat abang aku. Semenjak kahwin nih, nampak sangat dia memberatkan family sebelah sana. Parents aku dah terasa hati sangat dengan sikapnya. Aku faham situasi orang yang dah berkahwin, tapi janganlah sampai tak adil. Dia kan, anak lelaki. Tanggungjawabnya still kat parents aku. Wife tetap No. 2 walau sayang macam mana pun...!". Marah benar kawan aku nih.

"Apa yang abang engkau dah buat sampai engkau marah sangat nih?". Aku cuba untuk menenangkannya.

"Takderlah....kitaorang satu family  sampai nak mintak duitnya. At least, tunjuklah sket sifat sebagai seorang abang, anak lelaki dan suami yang betul-betul berkepimpinan. Nampak sangat dicontrol oleh family sebelah sana. Aku tak jeles tapi, aku kesian jugak kat parents aku. Memendam rasa dengan abang aku".

Typical problem untuk orang yang dah berkahwin.

"Soalan pertama yang aku nak tanya, gaji sapa lagi banyak? Abang engkau atau kakak ipar engkau?".

"Apasal engkau tanya macam tu? Penting ker?".

"Ermm....ramai yang ingat benda ni remeh. Tapi, nilah antara salah satu faktor kenapa ramai sang suami sekarang yang takder 'suara' dalam rumahtangga". Aku bercakap berdasarkan apa yang aku baca dan pengalaman kengkawan yang lain.

"Haa....aaa.........betul jugaklah aku rasa, Nin. Selama hari ni pun, kebanyakan belanja rumah keluar daripada duit kakak ipar aku. Mungkin jugaklah abang aku rasa terhutang budi pada kakak ipar aku".

Itulah hakikatnya zaman sekarang bila mana si isteri banyak mempengaruhi si suami disebabkan gaji si suami lebih rendah daripada si isteri. Tidak dinafikan bukan semua yang berlaku sebegitu, tapi kebanyakkannya begitu. Bagi aku pulak, bukan soal gaji saper lebih, gaji saper kurang. Isunya di sini ialah tanggungjawab dan hak. Sebagai seorang lelaki, dia hendaklah memperlengkapkan dirinya dengan segala ilmu yang berkaitan dengan alam berumahtangga.

 Aku nak share sketlah apa yang aku telah baca. Sama-samalah kita memperbaiki diri. Perkahwinan bukan setakat untuk menghalalkan perhubungan. Perkahwinan menuntut lebih daripada itu. Terutamanya pada lelaki. Sebelum berkahwin, cuba buat checklist dulu. Solat lima waktu cukup atau tidak, kalau cukup sekalipun, layakkah untuk jadi imam pada anak-anak dan isteri, macam mana pulak dengan soal nafkah, tanggungjawab dan hak-haknya pada kedua ibu bapa, adik-beradik, isteri, mertua dan anak-anak.

Sebagai lelaki, priority masih pada kedua ibu dan bapanya, manakala isterinya adalah no.2. Tetapi bagi seorang perempuan, keutamaannya adalah suami dan kedua ibu dan bapanya jatuh pada no. 2.  Hakikatnya tidak sebegitu. Cuba pandang sekeliling, berapa ramai lelaki yang nampak macho tapi 'dayus'. Oppss....sorry, aku menggunakan perkataan tersebut. Tapi, itulah realitinya.

Jangan asyik menuding jari mencari kesalahan orang lain, sedangkan rumahtangga sendiri belum tentu lagi harmoni. Diakhirat nanti, andaikata lelaki dapat masuk syurga, dipintu syurga nanti Allah akan tahan lelaki tersebut dari terus masuk ke dalam syurga walaupun dia layak masuk syurga.

Kenapa? kerana Allah memerintahkan mana-mana lelaki yang telah berkahwin haruslah mendahulukan isteri untuk masuk ke syurga. Selagi isteri dia belum sampai, lelaki takkan dibenarkan langsung memijak kaki ke syurga. Berat kan, tugas sebagai suami dan bapa?


Berat bagi yang tidak cukup ilmu di dada. Walaupun nampak berat, tapi ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT amat besar. Kejarlah ganjaran itu selagi berkesempatan. Jangan menidakkan segala hak dan tanggungjawab kerana ia adalah perintah Allah SWT. Perintah Allah SWT wajib dilaksanakan. Perkara wajib melibatkan dosa dan pahala. As easy as ABC.

4 comments:

  1. Agree 200%. Situasi isteri dominan bbding suami mmg dh byk blaku skang ne. Walaupun slalunya si isteri yg bkerjaya ne x bmksud menidakkan kpimpinan suami nya, ttp peel si suami yg rendah diri, akan myebabkan mis-understanding msyarakt skeliling, especially in-law family. Sbb tu lar org tua2 suka seandainya memilih, diorg suka menantu pompuannya "kurang/rendah" sket dr anak lelaki nya.... Tp slalu anak2 yg dh mabuk bcinta ne x kan dgr pendapat org tua2, konon nya x kisah, sggup bkorban apa saja.... tp slps 10 tahun kawen, baru nak rasa "betul" ttg nasihat mak pak dulu... masa tu lar ttba jer mcm2 rasa yg x kena....

    ReplyDelete
  2. I pon setuju jugak.. dengarlah nasihat mak ayah, ibu bapa, father mother, mummy daddy, abi ummi.. tp kalau dah pekak + tuli tak guna jugak... hehehe

    ReplyDelete
  3. the problem is, kebanyakkan guys taknak ambik pot bila ada orang yang tegur.

    ReplyDelete