Wednesday, December 28, 2011

Hakikat sebuah kehidupan.

Pagi-pagi lagi phone aku berdering, minta diangkat. Nak angkat, tak angkat, teragak-agak jugak aku sebab I'm driving ke tempat kerja. Pandang skrin, ooo.....kawan lama aku time belajar dulu. Apahal pulak nih...? Selalunya  dia akan meluahkan masalah pada aku. Memang aku dah biasa menjadi tempat luahannya. Aku kenalnya pun dah lama semenjak zaman universiti lagi.

"Assalamualaikum, Nin. Sihat, ker?". Sayup kedengaran suaranya dari sana.

"Sihat. Kau pulak macam mana? Engkau call aku ni mesti nak luahkan something, kan...? Kalau tak, takder ler engkau nak ingat aku nih....". Aku mengusiknya.

"Janganlah macam tu, Nin. Bukan aku tak ingat. Tapi, kau tahu kan....aku selesa cakap kat engkau kalau aku ada something nak cerita".

"No sweat, sis. So, apa ceritanya?".

"Aku tengah bengang tahap cipan nih kat abang aku. Semenjak kahwin nih, nampak sangat dia memberatkan family sebelah sana. Parents aku dah terasa hati sangat dengan sikapnya. Aku faham situasi orang yang dah berkahwin, tapi janganlah sampai tak adil. Dia kan, anak lelaki. Tanggungjawabnya still kat parents aku. Wife tetap No. 2 walau sayang macam mana pun...!". Marah benar kawan aku nih.

"Apa yang abang engkau dah buat sampai engkau marah sangat nih?". Aku cuba untuk menenangkannya.

"Takderlah....kitaorang satu family  sampai nak mintak duitnya. At least, tunjuklah sket sifat sebagai seorang abang, anak lelaki dan suami yang betul-betul berkepimpinan. Nampak sangat dicontrol oleh family sebelah sana. Aku tak jeles tapi, aku kesian jugak kat parents aku. Memendam rasa dengan abang aku".

Typical problem untuk orang yang dah berkahwin.

"Soalan pertama yang aku nak tanya, gaji sapa lagi banyak? Abang engkau atau kakak ipar engkau?".

"Apasal engkau tanya macam tu? Penting ker?".

"Ermm....ramai yang ingat benda ni remeh. Tapi, nilah antara salah satu faktor kenapa ramai sang suami sekarang yang takder 'suara' dalam rumahtangga". Aku bercakap berdasarkan apa yang aku baca dan pengalaman kengkawan yang lain.

"Haa....aaa.........betul jugaklah aku rasa, Nin. Selama hari ni pun, kebanyakan belanja rumah keluar daripada duit kakak ipar aku. Mungkin jugaklah abang aku rasa terhutang budi pada kakak ipar aku".

Itulah hakikatnya zaman sekarang bila mana si isteri banyak mempengaruhi si suami disebabkan gaji si suami lebih rendah daripada si isteri. Tidak dinafikan bukan semua yang berlaku sebegitu, tapi kebanyakkannya begitu. Bagi aku pulak, bukan soal gaji saper lebih, gaji saper kurang. Isunya di sini ialah tanggungjawab dan hak. Sebagai seorang lelaki, dia hendaklah memperlengkapkan dirinya dengan segala ilmu yang berkaitan dengan alam berumahtangga.

 Aku nak share sketlah apa yang aku telah baca. Sama-samalah kita memperbaiki diri. Perkahwinan bukan setakat untuk menghalalkan perhubungan. Perkahwinan menuntut lebih daripada itu. Terutamanya pada lelaki. Sebelum berkahwin, cuba buat checklist dulu. Solat lima waktu cukup atau tidak, kalau cukup sekalipun, layakkah untuk jadi imam pada anak-anak dan isteri, macam mana pulak dengan soal nafkah, tanggungjawab dan hak-haknya pada kedua ibu bapa, adik-beradik, isteri, mertua dan anak-anak.

Sebagai lelaki, priority masih pada kedua ibu dan bapanya, manakala isterinya adalah no.2. Tetapi bagi seorang perempuan, keutamaannya adalah suami dan kedua ibu dan bapanya jatuh pada no. 2.  Hakikatnya tidak sebegitu. Cuba pandang sekeliling, berapa ramai lelaki yang nampak macho tapi 'dayus'. Oppss....sorry, aku menggunakan perkataan tersebut. Tapi, itulah realitinya.

Jangan asyik menuding jari mencari kesalahan orang lain, sedangkan rumahtangga sendiri belum tentu lagi harmoni. Diakhirat nanti, andaikata lelaki dapat masuk syurga, dipintu syurga nanti Allah akan tahan lelaki tersebut dari terus masuk ke dalam syurga walaupun dia layak masuk syurga.

Kenapa? kerana Allah memerintahkan mana-mana lelaki yang telah berkahwin haruslah mendahulukan isteri untuk masuk ke syurga. Selagi isteri dia belum sampai, lelaki takkan dibenarkan langsung memijak kaki ke syurga. Berat kan, tugas sebagai suami dan bapa?


Berat bagi yang tidak cukup ilmu di dada. Walaupun nampak berat, tapi ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT amat besar. Kejarlah ganjaran itu selagi berkesempatan. Jangan menidakkan segala hak dan tanggungjawab kerana ia adalah perintah Allah SWT. Perintah Allah SWT wajib dilaksanakan. Perkara wajib melibatkan dosa dan pahala. As easy as ABC.

Monday, December 26, 2011

House-warming.

Kawan aku baru berpindah ke rumah baru di Armanee Condo, Damansara Damai. A double-storey-unit condo. I just call her Pija. So, dia mengadakan house-warming untuk sahabat handainya. Kitaorang lepak-lepak  sambil makan-makan, sharing and swimming. Best jugak tempat ni, tapi sewanya pun almost RM2K. Mak...aiii...baik aku beli a grounded house. Tapi, selera masing-masing. Takder salahnya pun. Yang penting kita tumpang gembira dengan rezeki kengkawan.
















Yang pakai baju biru tuh adalah tuan rumah.

Medan Ikan Bakar Jeram.

Pernah dulu aku tulis pasal pantai Jeram. Time aku pergi medan ikan bakar nih belum lagi dibuka.On last weekend aku berkesempatan untuk menjamu selera bersama family aku di sini. So, aku nak share sketlah on my experience having dinner kat sini.

Seperti yang sedia maklum kalau nak makan kat sini, kenalah buat tempahan awal. Takut-takut fullhouse pulak. Aku pun tak buat reservation, so terpaksalah aku sefamili bertolak awal sket. Kitaorang bertolak lebih kurang pukul 6 petang. Sampai kat sana pun dah pukul 6.30 petang. AlhamduliLLAH, ada lagi tempat kosong tapi tak dapatlah nak makan kat wakaf-wakaf buluh yang disediakan. Tempat best, mestilah orang dah booked awal-awal lagi. Walaupun tak dapat makan kat situ, kitaorang still dapat makan mengadap laut. Tak kisahlah kat mana pun yang penting dapat mengadap laut. Baru feel lebih....makan ikan bakar mengadap laut!

Nama restoren nih ialah Aroma Ikan Bakar. Terletak betul-betul kat Jeram. Aku rasa dah ramai yang tahu pasal tempat nih. Aku tertarik untuk ke sini setelah aku membaca review on this place. Nak cuba sendiri.

The points are:

1) Tempat ni very nice and cosy. But, you have to make an earlier reservation.

2) Service pun cepat walaupun customer ramai. Takderlah sampai berjanggut tunggu makanan sampai.

3) Kemudahan surau disediakan untuk menunaikan solat. Iyelah kalau dah datang pukul 6.30 p.m...for sure sampai ke Maghrib tak habis makan lagi. Makan-makan jugak, solat jangan lupa. Kang ada yang tercekik tulang, saper nak tanggung!

4) Seafoods kat sini fresh. Korang pilih jer...senarai harga ada ditampal. Takderlah kita teragak-agak nak ambik. Bolehlah budget-budget lebih kurang, kan?

5) Yang penting harganya reasonable. Tak murah dan tak mahal. Kiranya berbaloi-baloi.

Memang tak rugilah kalau nak belanja famili makan kat sini sekali-sekala, daripada pergi Snow Walk yang ntahapahapantah! Sekian.











Sebahagian seafoods yang dimakan.



Snow walk yang tak berapa nak best...!

Direct to the point!

Ermm....apa tujuan asal aku tulis blog?
Aku nak share knowledge, pengalaman etc tak kiralah pasal parenting skills ke, family ke, ataupun tempat-tempat yang pernah aku pergi (the best mahupun yang ADO). Sharing is caring. Kalau benda baik kita jadikan panduan, yang tak baik atau kurang baik.....kita jadikan sempadan.

Macam kes aku pegi Snow Walk di I-City nih. On last weekend, my parents came from Kedah. Lepak kat rumah aku. Aku cadangkan pada adik-adik aku pergi Snow Walk. Aku pernah sampai I-city tapi tak pernah masuk lagi ke Snow Walk. So, kitaorang bertolak pada waktu pagi sebab for sure malam akan crowded dengan orang.

Admission fees for adult ialah RM20 (including the jackets) and for kid (above 3 years) ialah RM15. That price from 10 a.m. until 6 p.m. Selepas pukul 6 petang, the price would be RM25 for adult. Itu baru admission fees. Tak termasuk lagi glooves and boots. Boleh beli kat sini dengan harga RM10 dan boots boleh disewa dengan harga RM10. At first, aku taknak beli and sewa all those things. Tapi, disebabkan kat dalam tu terlalu sejuk, terpaksa jugak aku sewakan boots. Untuk aku sefamili. Korang calculate berapa yang aku spent.

Aku tak kisah nak keluar duit lebih kalau apa yang aku buat worth it. Seriously, this place memang tak best.  Lebih kurang Snow House kat Genting. Cumanya kat sini, korang boleh keluar dan masuk sesuka hati rumah salji nih. Kalau kat Genting, tak boleh masuk kalau dah keluar dari Snow House. So, aku cadangkan pada sesapa yang nak pergi sini, bawaklah kasut, gloove dan baju sejuk sendiri. Tak payahlah nak membazir duit beli/sewa semua tu.

Kesimpulannya, aku tak cadangkan datang sini. Tapi, kalau nak rasai sendiri apa yang aku rasai....jemput-jemputlah ke sini. Jangan malu-malu.


p/s: tengok gambar, macam best...kan? Kuasa sekeping gambar....!










Tuesday, December 20, 2011

Percutian yang tak dirancang.

Entry yang lepas, aku mentioned yang aku pegi ke rumah kakak ipar aku kat Ipoh. Sepatutnya, kitaorang balik ke KL pada pagi hari Ahad. Tapi disebabkan cik husband aku tak pernah lagi sampai ke Cameron Highlands, so we're decided to go there. Aku pernah sampai ke sini, tapi dah lama dah. Time kecik-kecik. My expection is mesti tempat nih tak berapa nak sejuk. Aku bertolak ke Cameron daripada rumah kakak ipar aku di Simpang Pulai, Ipoh. Dulu, aku ikut jalan daripada Tapah. From Tapah, jalannya memang teruk giler....macam jalan lama Bukit Putus, Negeri Sembilan. But, it's much2 better from Simpang Pulai. Jalan pun besar, takder ler gerun sangat nak berselisih dengan kenderaan lain.

For sure kalau ikut Simpang Pulai, you all akan jumpa Brinchang dulu. Sejuk beb...kat Brinchang nih. Dahlah aku tak bawak extra baju. Menggigil jugakla. Aku ni pulak ada semput. Tapi best sangat! Bak kata husband aku, udara yang disedut terasa segar...banyak O2! Tapi sayang sebab anak perempuan aku si Maryam tak ikut sama. Because, she'now with my parents kat Kedah. Cuti sekolah...kan?

Next time, kitaorang plan nak bermalam pulak kat sana. Husband aku dah jatuh hati with this place nampak gayanya.


Kat tea plantation. Kat sini sejuknya just nice.






 
Minum teh tarik fresh dari ladang. Kat sini dah terasa sejuk. Teh tarik yang panas pun terasa sejuk.




You can pick your own strawberries. Tapi, ada waktunya.



Homemade strawberry jam.


Pasar malam di Brinchang. Actually time nih, aku dah tahan sejuk.

Murah bunga-bunga dan sayur-sayuran kat sini.