Monday, November 28, 2011

Tumpang sekaki.

Aku rasalahkan....since last week, ramai sungguh orang bercerita pasal bola sepak. Semenjak Malaysia kalahkan Indonesia during SEA Games. Ermm....aku nak tumpang sekaki boleh? Aku nak jugak cerita pasal bola sepak.

Yang sebenarnya, aku tak minat dan tak akan ambik tahu langsung pasal bola sepak nih. First match yang betul-betul aku layan dari minit pertama sehingga minit terakhir ialah time final Malaysia vs Indonesia. Tu pun.....sebab aku takder pilihan nak tengok channel lain. Almaklumlah, tv kat rumah ada satu jer. Lagipun, takkan aku nak berebut dengan husband aku pulak pada saat-saat genting nih. Memang ada yang nak kena...!

Maryam and Ibrahim awal-awal lagi dah 'dipaksa' tido oleh cik asben aku. Takut hilang feel nanti, katanya. Hai...nak tengok bola sepak pun nak kena ada feel-feel bagai. Tak faham aku.

"Bie.....team Malaysia yang merah ke, yang kuning?".

Terpana kejap si suami aku dengan soalan aku. Mesti dok pikir nak jawak ker tak soalan bangang aku nih. "Yang kuningler....Nin, ooiiii!".

Tanya pun marah. Dah aku tak tahu, mestilah aku tanya. Tengah dok layan tu, ada tendangan penalti untuk team Malaysia. Tapi, tak masuklah pulak.

"Alahh....apesal tak masuk pulak. Ni kalau si Safi Sali (betul ke idak ejaan aku nih. Lantaklah!) yang tendang, sure masuk punya...!". Protes suami aku dengan frustnya.

"Kalau dah si Safi Sali tu, terer.....apesal dia tak main jer?". Protes aku pulak.

Stress suami aku. Dahlah stress sebab bola tak masuk gol tadi. " Yang ni skuad Harimau Muda, Nin".

"Harimau Muda tu apa?".

"Harimau Muda ialah semua players nya berumur bawah 23 tahun".

"Kenapa mesti 23 tahun? Tak boleh ker...umur lebih 23 tahun?". Aku tengok konsentrasi suamiku dah terganggu. Terus aku diamkan diri.

"Takperlah...Bie jawab nanti-nantilah soalan Nin tu", pujuk aku. Sebab aku tengok muka suamiku dah lain macam.

Nampak sangat aku memang tak tahu pasal bola sepak, walaupun team Malaysia. Then, baru aku terperasan seseorang yang aku kenal.

"Haa....yang tu KFCM, kan...Bie?".

"KFCM tu aper...?". Tanya suami aku dengan penuh perasaan. Ha...ada jugak info yang dia tak tahu rupanya.

"Ala....yang gossip dengan si Dahlia Teck tu. Nin baca pasal dia kat Beautifulnara".

"Ooo...Khairul Fahmi Che Mat. Yang tu, Nin tahu pulak. Sabar jerlah.....!". Gerutu suami aku.

Itulah antara dialog yang berlaku di antara sang suami dan sang isteri di sepanjang perlawanan Malaysia vs Indonesia. Itu belum lagi bab aku tanya pasal rules and regulations this game. Offside lah...etc. Sehingga suami aku cakap,

"Takperlah Nin. Kita tak share minat yang sama pun takper. Biarlah orang kata kita tak sehati sejiwa, Bie lagi rela daripada dok nak jawab soalan-soalan Nin nih".

Haiii.....dah surrender ker, Bie?

No comments:

Post a Comment