Wednesday, November 9, 2011

Sambutan Aidil Adha.

Macam mana dengan sambutan Aidil Adha?
Seperti selalu, aku dan family aku tak pernah balik kampung on this festive season. Memang dah plan dengan husband yang kitaorang nak beraya kat rumah sendiri on Aidil Adha. So, every year memang aku tak pernah balik kampung, sama ada kampung aku atau kampung husband aku. Unless kalau ada keraian atau kenduri-kendara.

Kebetulan pulak tahun ni semua adik aku, Ateh dan Cik Lah jugak tak balik Kedah. Sebab, cuti pendek sangat. Adik lelaki aku seperti selalu akan balik ke kampung isterinya di Juasseh, Negeri Sembilan. So, apalagi semua lepak kat rumah aku ler. Ok...ler tu, meriah sket!

Malam raya, aku masak laksa kuah lemak. Sambil-sambil tu, aku rebus nasi impit untuk keesokan harinya. Masukkan nasi impit ke dalam fridge, then only nasi impit tu senang dipotong dan cantik bentuknya. Pagi-pagi raya lagi, aku dah bangun awal-awal. Masakkan ayam masak merah. Si Ateh belikan lemang dan biskut raya. Husband aku pegi solat raya di Masjid Saujana. Aktivitinya ialah makan, makan and makan. Rehat jap sebab sebelah petangnya kitaorang bergerak ke rumah mak sedara aku di Kota Damansara.

Simple, kan sambutan hari raya  Aidil Adha aku? Best jugak sebab dapat hang-out dengan adik-adik aku. Cerita-cerita tentang diaorang, bila nak kahwin, saper boyfriend sekarang...dot...dot...dot. Iyelah...sometimes bebudak nih lebih senang bergossip dengan kakak berbanding dengan mak. Macam aku jugak tapi, aku takder kakak. Apa-apa hal, aku pendam sendiri. Kalau penting sangat, then only aku cakap dengan ibu aku. Sebab tu aku cuba memahami jiwa bebudak muda sekarang.

Ini adalah antara menu-menu yang dimasak on last Aidil Adha. Paling best sebab kebanyakkannya dimasak oleh kedua-dua adik aku.







No comments:

Post a Comment