Wednesday, November 2, 2011

Dah berhasil.

Bukak jer...pintu rumah semalam balik dari kerja, meluru si Maryam berlari ke arah aku. Sambil tangannya memegang sekuntum bunga matahari. Cantik, tak pernah lagi aku tengok fresh sunflower. Selalu tengok yang artificial jer. Aku rasa bunga matahari nih termasuk dalam spesies daisy. Aku rasalah kot. Yang sebenarnya ini adalah science project untuk sekolah si Maryam. Pembiakan tumbuhan melalui biji benih. This is the first science project yang Maryam involved. Kalau keluar jer...mesti ajak aku singgah kat tadika, nak tengok progress pokok bunga mataharinya.

Best jugak tengok perkembangan tumbesaran pokok bunga matahari. Daripada kecik sampailah ianya berbunga. On the way nak pegi kerja tadi, aku lalu depan tadika Maryam.. Usha pokok bunga matahari yang Maryam and the geng tanam. Wahh....wahh...banyak pulak yang berbunga. Patutlah anak aku excited gila!

1 comment: