Sunday, November 13, 2011

Aku ada cerita.

Hari ini aku ada satu cerita yang aku share kat sini. Perihal salah seorang kawan aku. Atau lebih tepat lagi sikap orang. Aku takderlah nak membetulkan perangai orang lain sebab aku pun takderlah sempurna sangat.

Ermm....macam mana aku nak mula? Oklah, aku ada seorang kawan, semenjak di sekolah rendah lagi. Dia datang daripada keluarga peneroka. Maknanya, orang FELDA. So, korang boleh bayangkanlah macam mana status familynya. Agak susah jugaklah. Tambahan lagi, semua adik-beradiknya masih lagi di bangku sekolah. Tapi aku tak kisah dengan sape pun aku berkawan. Miskin atau kaya....asalkan dia baik dan ngam dengan aku.

Itu cerita dulu. Semenjak dia berkahwin dan family sudah agak senang, memang obvious sangat perubahan dengan dirinya. Kalau dulu tak kisah sangat apa brand yang dipakai, asalkan ok. Tapi, sekarang....wahhh.....dah demand sangat. Aku sangat tak kisah dia nak beli apa-apa pun. Itu hak masing-masing dan dia pun bukan mintak duit aku. Tapi yang tak bestnya apabila dia merendah-rendahkan apa yang orang lain beli. Itu yang tak tahan nak dengar tu...! Poyo...gilerr...!

Kadang-kadang, kesian jugak aku tengok kengkawan  lain yang terasa hati dengannya. AlhamduliLLAH, rezekinya agak murah sejak kebelakangan ni and family dia pun dah agak senang. Sebab sekarang, banyak insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada peneroka. Syukur sebab dapat jugak dia merasa kesenangan itu. Itu cerita kawan aku yang dah berubah disebabkan Allah SWT memberikannya sedikit kesenangan.

Aku ada satu cerita lain lagi. Aku ada seorang kawan yang aku kenal ketika aku bekerja di Honda. She's one year after me keje kat situ. She's so nice, jenis yang tak kisah. Lepak kat gerai pun takper. After one year, she'd gave me her sister's wedding card. Very simple wedding card. Bila aku bukak jer....agak terbeliak bijik mata aku nih! Macam tak percaya, iyelah.....after one year, baru aku tahu who's her father actually. Rupa-rupanya, bapak dia ialah Tan Sri Professor Dr...................! Sepanjang aku berkawan dengannya, tak pernah pulak dia bercerita pasal familynya. Adalah bercerita sket-sket.

Aku pernah tanya dia this stupid question. "Sab....U never told me that ur father is.......why?". Tersengih jer dia. "What for, Nin. Itu bapak I. Not me. That's why I didn't invite all of our friends to my sis's wedding. I was afraid that they will take advantange of me". Special jugakler...aku nih...he...he...he...

Until now, aku selesa berkawan dengannya. Very humble person. Tapi, bukan itu yang nak bercerita. Aku nak bercerita on attitudes. Korang perasan tak, selalunya orang yang datang daripada family yang biasa-biasa yang selalunya demand lebih. Tapi yang datang daripada family yang agak berada, akan berkelakuan seperti biasa. Macam takder apa-apa yang berlaku. Banyak yang aku tengok kawan-kawan aku yang macam tu. Come on lah.....harta tu pun pinjaman semata-mata. Sampai masa nanti akan diambik semula.

Aku mencari kawan yang boleh dibuat kawan. Bukan kawan yang mengambil kesempatan atas kawan.

No comments:

Post a Comment