Tuesday, November 29, 2011

Ihtifal.

Sekitar Convocation Day @ Ihtifal for Smart Soleh Integrated Preschool. Majlis diadakan pada 23rd November 2011 at 8 pm. Bertempat di Rumah Kelab Saujana Utama. AlhamduliLLAH, Maryam grabbed for both Best Writing and Reading Awards for 5 years old.





Maryam setelah di 'hias' untuk membuat persembahan nasyid.

Dah nama pun LELAKI!

Tengah dok drive, terpandang kereta kiri kanan. Apesal orang kat dalamnya tersenyum-senyum dan tersengih-sengih? Ada something ker kat muka aku? Kalau ada pun, takkanlah diaorang nampak kot. Dahlah aku tutup cermin kereta. Memang tak logik.

Tetiba, aku terpandang kat cermin belakang kereta aku. MasyaALLAH....si Ibrahim kat belakang tu! Tak perasan pulak aku bila masa si Ibrahim nih panjat naik. Patutlah orang kat dalam kereta kiri kanan aku tersengih-sengih semacam jer. Selalunya orang akan letak pillow ker, bear ker....kat belakang kereta. Aku paling gempak sebab dare to put my own kid there!

Kalau dah namanya LELAKI, LELAKI jugak!


Monday, November 28, 2011

Tumpang sekaki.

Aku rasalahkan....since last week, ramai sungguh orang bercerita pasal bola sepak. Semenjak Malaysia kalahkan Indonesia during SEA Games. Ermm....aku nak tumpang sekaki boleh? Aku nak jugak cerita pasal bola sepak.

Yang sebenarnya, aku tak minat dan tak akan ambik tahu langsung pasal bola sepak nih. First match yang betul-betul aku layan dari minit pertama sehingga minit terakhir ialah time final Malaysia vs Indonesia. Tu pun.....sebab aku takder pilihan nak tengok channel lain. Almaklumlah, tv kat rumah ada satu jer. Lagipun, takkan aku nak berebut dengan husband aku pulak pada saat-saat genting nih. Memang ada yang nak kena...!

Maryam and Ibrahim awal-awal lagi dah 'dipaksa' tido oleh cik asben aku. Takut hilang feel nanti, katanya. Hai...nak tengok bola sepak pun nak kena ada feel-feel bagai. Tak faham aku.

"Bie.....team Malaysia yang merah ke, yang kuning?".

Terpana kejap si suami aku dengan soalan aku. Mesti dok pikir nak jawak ker tak soalan bangang aku nih. "Yang kuningler....Nin, ooiiii!".

Tanya pun marah. Dah aku tak tahu, mestilah aku tanya. Tengah dok layan tu, ada tendangan penalti untuk team Malaysia. Tapi, tak masuklah pulak.

"Alahh....apesal tak masuk pulak. Ni kalau si Safi Sali (betul ke idak ejaan aku nih. Lantaklah!) yang tendang, sure masuk punya...!". Protes suami aku dengan frustnya.

"Kalau dah si Safi Sali tu, terer.....apesal dia tak main jer?". Protes aku pulak.

Stress suami aku. Dahlah stress sebab bola tak masuk gol tadi. " Yang ni skuad Harimau Muda, Nin".

"Harimau Muda tu apa?".

"Harimau Muda ialah semua players nya berumur bawah 23 tahun".

"Kenapa mesti 23 tahun? Tak boleh ker...umur lebih 23 tahun?". Aku tengok konsentrasi suamiku dah terganggu. Terus aku diamkan diri.

"Takperlah...Bie jawab nanti-nantilah soalan Nin tu", pujuk aku. Sebab aku tengok muka suamiku dah lain macam.

Nampak sangat aku memang tak tahu pasal bola sepak, walaupun team Malaysia. Then, baru aku terperasan seseorang yang aku kenal.

"Haa....yang tu KFCM, kan...Bie?".

"KFCM tu aper...?". Tanya suami aku dengan penuh perasaan. Ha...ada jugak info yang dia tak tahu rupanya.

"Ala....yang gossip dengan si Dahlia Teck tu. Nin baca pasal dia kat Beautifulnara".

"Ooo...Khairul Fahmi Che Mat. Yang tu, Nin tahu pulak. Sabar jerlah.....!". Gerutu suami aku.

Itulah antara dialog yang berlaku di antara sang suami dan sang isteri di sepanjang perlawanan Malaysia vs Indonesia. Itu belum lagi bab aku tanya pasal rules and regulations this game. Offside lah...etc. Sehingga suami aku cakap,

"Takperlah Nin. Kita tak share minat yang sama pun takper. Biarlah orang kata kita tak sehati sejiwa, Bie lagi rela daripada dok nak jawab soalan-soalan Nin nih".

Haiii.....dah surrender ker, Bie?

Sunday, November 13, 2011

Aku ada cerita.

Hari ini aku ada satu cerita yang aku share kat sini. Perihal salah seorang kawan aku. Atau lebih tepat lagi sikap orang. Aku takderlah nak membetulkan perangai orang lain sebab aku pun takderlah sempurna sangat.

Ermm....macam mana aku nak mula? Oklah, aku ada seorang kawan, semenjak di sekolah rendah lagi. Dia datang daripada keluarga peneroka. Maknanya, orang FELDA. So, korang boleh bayangkanlah macam mana status familynya. Agak susah jugaklah. Tambahan lagi, semua adik-beradiknya masih lagi di bangku sekolah. Tapi aku tak kisah dengan sape pun aku berkawan. Miskin atau kaya....asalkan dia baik dan ngam dengan aku.

Itu cerita dulu. Semenjak dia berkahwin dan family sudah agak senang, memang obvious sangat perubahan dengan dirinya. Kalau dulu tak kisah sangat apa brand yang dipakai, asalkan ok. Tapi, sekarang....wahhh.....dah demand sangat. Aku sangat tak kisah dia nak beli apa-apa pun. Itu hak masing-masing dan dia pun bukan mintak duit aku. Tapi yang tak bestnya apabila dia merendah-rendahkan apa yang orang lain beli. Itu yang tak tahan nak dengar tu...! Poyo...gilerr...!

Kadang-kadang, kesian jugak aku tengok kengkawan  lain yang terasa hati dengannya. AlhamduliLLAH, rezekinya agak murah sejak kebelakangan ni and family dia pun dah agak senang. Sebab sekarang, banyak insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada peneroka. Syukur sebab dapat jugak dia merasa kesenangan itu. Itu cerita kawan aku yang dah berubah disebabkan Allah SWT memberikannya sedikit kesenangan.

Aku ada satu cerita lain lagi. Aku ada seorang kawan yang aku kenal ketika aku bekerja di Honda. She's one year after me keje kat situ. She's so nice, jenis yang tak kisah. Lepak kat gerai pun takper. After one year, she'd gave me her sister's wedding card. Very simple wedding card. Bila aku bukak jer....agak terbeliak bijik mata aku nih! Macam tak percaya, iyelah.....after one year, baru aku tahu who's her father actually. Rupa-rupanya, bapak dia ialah Tan Sri Professor Dr...................! Sepanjang aku berkawan dengannya, tak pernah pulak dia bercerita pasal familynya. Adalah bercerita sket-sket.

Aku pernah tanya dia this stupid question. "Sab....U never told me that ur father is.......why?". Tersengih jer dia. "What for, Nin. Itu bapak I. Not me. That's why I didn't invite all of our friends to my sis's wedding. I was afraid that they will take advantange of me". Special jugakler...aku nih...he...he...he...

Until now, aku selesa berkawan dengannya. Very humble person. Tapi, bukan itu yang nak bercerita. Aku nak bercerita on attitudes. Korang perasan tak, selalunya orang yang datang daripada family yang biasa-biasa yang selalunya demand lebih. Tapi yang datang daripada family yang agak berada, akan berkelakuan seperti biasa. Macam takder apa-apa yang berlaku. Banyak yang aku tengok kawan-kawan aku yang macam tu. Come on lah.....harta tu pun pinjaman semata-mata. Sampai masa nanti akan diambik semula.

Aku mencari kawan yang boleh dibuat kawan. Bukan kawan yang mengambil kesempatan atas kawan.

Wednesday, November 9, 2011

Sama tak serupa!

Dua orang budak yang mempunyai muka yang hampir sama tapi tak serupa. Nasib baik, ayah yang sama dan emak yang sama. Kedua-dua emak dan ayah pun hampir sama tapi tak serupa. Yang penting ialah dua mempunyai jantina yang sama dan dua lagi mempunyai jantina yang serupa. Kesimpulannya, keempat-empatnya sama tapi tak serupa.


Sambutan Aidil Adha.

Macam mana dengan sambutan Aidil Adha?
Seperti selalu, aku dan family aku tak pernah balik kampung on this festive season. Memang dah plan dengan husband yang kitaorang nak beraya kat rumah sendiri on Aidil Adha. So, every year memang aku tak pernah balik kampung, sama ada kampung aku atau kampung husband aku. Unless kalau ada keraian atau kenduri-kendara.

Kebetulan pulak tahun ni semua adik aku, Ateh dan Cik Lah jugak tak balik Kedah. Sebab, cuti pendek sangat. Adik lelaki aku seperti selalu akan balik ke kampung isterinya di Juasseh, Negeri Sembilan. So, apalagi semua lepak kat rumah aku ler. Ok...ler tu, meriah sket!

Malam raya, aku masak laksa kuah lemak. Sambil-sambil tu, aku rebus nasi impit untuk keesokan harinya. Masukkan nasi impit ke dalam fridge, then only nasi impit tu senang dipotong dan cantik bentuknya. Pagi-pagi raya lagi, aku dah bangun awal-awal. Masakkan ayam masak merah. Si Ateh belikan lemang dan biskut raya. Husband aku pegi solat raya di Masjid Saujana. Aktivitinya ialah makan, makan and makan. Rehat jap sebab sebelah petangnya kitaorang bergerak ke rumah mak sedara aku di Kota Damansara.

Simple, kan sambutan hari raya  Aidil Adha aku? Best jugak sebab dapat hang-out dengan adik-adik aku. Cerita-cerita tentang diaorang, bila nak kahwin, saper boyfriend sekarang...dot...dot...dot. Iyelah...sometimes bebudak nih lebih senang bergossip dengan kakak berbanding dengan mak. Macam aku jugak tapi, aku takder kakak. Apa-apa hal, aku pendam sendiri. Kalau penting sangat, then only aku cakap dengan ibu aku. Sebab tu aku cuba memahami jiwa bebudak muda sekarang.

Ini adalah antara menu-menu yang dimasak on last Aidil Adha. Paling best sebab kebanyakkannya dimasak oleh kedua-dua adik aku.







Dah berhasil-part II

Yang ini sambungan daripada entry sebelum ni-Dah Berhasil. Ini adalah antara pokok-pokok yang ditanam oleh anak aku, Maryam dan kengkawannya di sekolah.




Thursday, November 3, 2011

Love this song!

The song that inspiring me a lot and I do love Greyson Chance (teruknya mak budak nih....ngalahkan teenagers).


Waiting Outside the Lines

You'll never enjoy your life,
Living inside the box,
You're so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?

Rules and regulations,
Force you to play it safe,
Get rid of all the hesitation,
It's time for you to seize the day,

Instead of just sitting around,
And looking down on tomorrow,
You gotta let your feet off the ground,
The time is now,

I'm waiting, waiting, just waiting,
I'm waiting, waiting outside the lines,
Waiting outside the lines,
Waiting outside the lines,

Try to have no regrets,
Even if it's just tonight,
How you gonna walk ahead,
If you keep living blind?

Stuck in my position,
You deserve so much more,
There's a whole world around us,
Just waiting to be explored,

Instead of just sitting around,
And looking down on tomorrow,
You gotta let your feet off the ground,
The time is now, just let it go,

The world will force you to smile,
I'm here to help you notice the rainbow,
Cause I know,
What's in you is out there,

I'm trying to be patient,
The first step is the hardest,
I know you can make it,
Go ahead and take it.

Wednesday, November 2, 2011

Dah berhasil.

Bukak jer...pintu rumah semalam balik dari kerja, meluru si Maryam berlari ke arah aku. Sambil tangannya memegang sekuntum bunga matahari. Cantik, tak pernah lagi aku tengok fresh sunflower. Selalu tengok yang artificial jer. Aku rasa bunga matahari nih termasuk dalam spesies daisy. Aku rasalah kot. Yang sebenarnya ini adalah science project untuk sekolah si Maryam. Pembiakan tumbuhan melalui biji benih. This is the first science project yang Maryam involved. Kalau keluar jer...mesti ajak aku singgah kat tadika, nak tengok progress pokok bunga mataharinya.

Best jugak tengok perkembangan tumbesaran pokok bunga matahari. Daripada kecik sampailah ianya berbunga. On the way nak pegi kerja tadi, aku lalu depan tadika Maryam.. Usha pokok bunga matahari yang Maryam and the geng tanam. Wahh....wahh...banyak pulak yang berbunga. Patutlah anak aku excited gila!

PPAS

Apa itu PPAS?
Ini takder kena mengena dengan PAS....he...he....he...

PPAS adalah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. As usual, tempat yang best and beneficial...aku akan promote kat sini. Like I said, sharing is caring.

Kebetulan pulak anak-anak aku sangat sukakan buku. Terutamanya si Maryam. This is because I've trained them to love the books since they are babies. I've tried my best to make them loves the books. Kalau masuk rumah aku, the book shelf would be the first thing you would see. TV become the second. Susah jugak nak terapkan budaya membaca among youngsters. At this stage, nampaklah kesungguhan all my kids for the books. Besar nanti, tak tahulah pulak. Yang penting, aku sudah melaksanakan my accountabilities.

Aku terbaca mengenai PPSA ni from the blog, Ekspresi Ruang. The blogger banyak review on layout, design etc. Interesting! But, I have no idea where it is, REDAH ajer! Actually, the place is inside Kelab Golf Sultan Abdul Aziz. Bukan sebelah ker, tepi ker....memang inside the golf course. Memula tu...cuak jugak. Apasal nak kena masuk kelab golf pulak?

Tempat baru dibuka kepada public on last July 2011. Kiranya, tempat baru. Very nice place. Facilities pun sangat ok. It's divided into several sections, e.g. kids, adults etc. Tapi, aku tak boleh nak review bahagian dewasa. Sebab, aku tak boleh masuk. Almaklumlah, ada kids with me. Tempat untuk kids sangat selesa. Ada kemudahan pantry, bilik solat untuk kanak-kanak, wash rooms, kemudahan internet. Kalau library negara, aku boring sket. Bahan bacaan ok...ambiance boring sket. Iyelah...tempat pun dah lama.

Comes and lets a library become our second home!












Inside the cafe.




Cafetaria

Really wish!

I am really wished to have a good time like this with my beloved sisters!!!