Thursday, October 13, 2011

Perihal tido.

Semalam aku terpandang kedua-dua anak aku tido. Macam-macam gaya. Kedua-dua anak aku tido satu katil. Sebab diaorang still kecik lagi, itu yang aku tak pisahkan tempat tido. But by next year, I have to separate tempat tidur for Maryam. Because she'll be 6 years old. Tersengih-sengih aku tengok cara diaorang tidur. Terutamanya si Maryam. Memang tak sopan langsung. Kalau pants, oklah sket. Tapi kalau pakai dress macam cenggini...memang yang ADOlah! Habis terselak semuanya, takdernya nak sopan-sopan bagai. Tetiba aku teringat suatu kenangan manis sewaktu aku kecik dulu, berkaitan dengan tidur jugak.


Kisah ini berlaku sewaktu aku berumur 10 tahun. Aku memang kerap jugak lepak kat rumah cousin aku kalau cuti sekolah. Sepupu aku yang tinggal kat Bandar Baru Bangi. Satu malam, baju tidur aku tak kering. Dah habis stok, almaklumlah cadang nak stay 2-3 hari...tapi melalut jadi seminggu. So, terpaksalah aku pakai t-shirt cousin aku dengan kain batik. Aku tak pandai sangat pakai kain batik nih. Sebabnya, aku prefer pakai short jer. Budak-budak ler...katakan, mana ranggi pakai kain batik nih!

Time nak tido tuh, aku betul-betulkan kain yang aku pakai dan aku pastikan yang kedudukan untuk tidur yang bersesuaian. Budget...tak nak gerak sangat. Steady...jer. Until subuh...time cousin aku nak kejutkan aku bangun, menjerit si cousin aku nih.

" Nin....mana kain? Takkan tidur pun nak pose seksi-meksi?"

Yang aku ni dok tergaru-garu mata, terpinga-pinga. Apahal pulak cousin aku sound macam tu. Tapi, memang aku rasa sejuk yang lain macam sket. Terus aku raba-raba peha aku. "????......!!!!...". Mana pulak pegi kain batik yang aku pakai. Tinggal seluar dalam jer. Itu pun nasib baik aku pakai seluar dalam, kalau tak....? Tetiba aku terpandang....nun jauh di sana segumpal kain batik aku  terletak betul-betul di bawah meja study cousin aku. Terletak elok...jer. Jauh jugak tu jaraknya. Macam mana aku boleh bergerak sejauh ini?  Sejak  daripada insiden itu, aku dah tak berani nak pakai kain batik sewaktu tidur.

Sekarang dah kahwin jer....aku memberanikan diri untuk memakai kain batik. Iyelah segan jugak aku dengan in-laws. AlhamduliLLAH, sekarang aku dah pandai pakai kain batik. Tapi kalau nak tidur, aku takkan pakai kain batik. Takut terlondeh pulak....OPPSSS.....saper nak  jawab?

Itulah kenangan manis sewaktu aku memakai kain batik. Tak tahulah manis atau tak, tapi  yang pasti aku akan tersengih sorang-sorang apabila aku mengingatinya semula.

No comments:

Post a Comment