Wednesday, October 26, 2011

Naik tren.

Bagi memenuhi tuntutan anak aku, Maryam untuk menaiki tren. Kesian pulak aku sebab si Maryam nih teringin sangat nak naik tren. Hajat aku nak bawak dia naik monorail, tapi tak berkesempatan. Hanya berkesempatan bawak naik LRT. Dulu, Maryam pernah naik komuter. Time tuh, aku pegi Midvalley with my ibu. Tapi, dia dah tak ingat dah pun sebab she's 2 years at that time.

Aku tinggalkan kereta kat KL Sentral, ambik tiket naik LRT from here. Mana nak pegi nih...? At last, ambik tiket pegi ke KLCC. Sampai kat KLCC, terus menghala ke Kinokuniya. Beli buku for Maryam and Ibrahim. Tiba-tiba rasa teringin sangat nak makan pretzel. Dah lama tak makan benda alah nih. Time study dulu, selalu jugak makan pretzel. Almaklumlah, cik husband aku pernah kerja part time kat Auntie Anne's. So, ditapaunya pretzel kalau tak habis. Husband aku nih jenis yang tak boleh nak duduk rumah kalau semester break. Kalau takder projek kolej, dia akan kerja part time. Dia pernah jugak bekerja kat Hagen Dazz kat BSC. Perghhh....boleh dikatakan hari-hari aku dapat makan aiskrim Hagen Dazz! Tapi, tak semua aiskrimnya boleh dimakan. Ada yang halal dan ada yang tak halal. For now, I won't take it. Musykil and was-was.

Habis jugaklah dua pretzel aku makan. Maryam ajak aku lepak kat park, tapi malaslah aku. Panas...buat pening kepala jer! Terus ambik tren, menghala balik ke KL Sentral. Kata si Maryam, dia nak cerita kat ustazahnya pengalaman menaiki LRT. Betul jugak....takkan namanya orang KL kalau tak pernah naik LRT...?!

Muka excited anak aku sewaktu nak naik tren.

No comments:

Post a Comment