Thursday, October 13, 2011

Mana nak cari stokin nih...?

Sejak beranak nih....tapak kaki aku menjadi sangat sensitif. Terutamanya waktu malam. Mudah sangat pecah-pecah. Sakit. So, terpaksalah aku memakai stokin bila tidur. Masalahnya pulak, aku tak suka pakai stokin. Rimas.

Sehinggalah aku berjumpa dengan this kind of socks. Itupun secara kebetulan. Aku tolong adik aku, Ateh mengemas rumahnya time dia berpindah tempoh hari. And aku terjumpalah stokin nih, ok jugak. Takderlah rimas sangat aku nak pakai nanti. Best stokin nih sebab kat dalamnya lembut dan gebu. Tak macam stokin sangat, nampak macam kasut ballerina. Aku tanya adik aku, mana dia beli stokin nih. Dia pun tak tahu sebab actually dia pun dapat daripada mak aku. Mak aku pulak dapat daripada Mak Long aku. Mak long aku pulak belinya sewaktu dia menunaikan haji. Maknanya beli kat Mekah. Takkan kat Mekah jer...yang ada stokin nih? Aku rasa kat Malaysia pun ada jual this kind of socks. Tapi, di mana...ya...? Ermmmm......

No comments:

Post a Comment