Wednesday, October 26, 2011

fEVEr.

Dah lama rasanya aku tak menggodek blog aku yang tak seberapa nih. Sepanjang 2 minggu lepas, aku sefamili diserang demam panas. Mulanya, aku yang demam. Hari pertama, aku boleh bertahan lagi. Cumanya, kepala dah rasa pening-pening. Nak drive dah tak mampu. So, husband aku mencadangkan dirinya untuk menghantar aku ke tempat kerja. AlhamduliLLAH.

Hari ke-2, aku dah tak larat sangat. Badan terasa lenguh, mata berpinar and aku terasa sejuk sangat. Walaupun, aku dah selubungkan badan aku dengan kain gebar yang tebal. Nak telan Panadol, tak boleh sebab aku alergic dengan Paracetamol. Kalau tak, kurang sket rasa panas badan nih. Nak ke klinik, tak daya sangat nak drive. Nak tak nak, aku kena tunggu husband aku balik dari kerja. Perut pun dah mula berkeroncong minta diisikan sesuatu. Tapi, lidah terasa pahit. Tak tahu nak makan apa. Mulalah, aku muntah sebab perut kosong. Aku pulak ada gastrik.

Sehingga petang, baru aku ke klinik setelah husband aku pulang dari keje. Badan dah menggeletar. Rupa-rupanya, husband aku jugak sudah menunjukkan tanda-tanda untuk demam. Tapi, dia mampu bertahan lagi. Ahhh.....sudah, inilah perkara yang paling aku takut actually. Kalau sudah kedua-duanya demam, saper nak jaga saper? At this moment, memang aku berharap pada husband aku. Tolong basuhkan kain baju, sidaikan baju, kemaskan rumah dan tengokkan anak-anak aku.

Masuk hari ke-3, me and my husband dah tak larat bangun. Kesian kat Maryam and Ibrahim. Makan pun dah tak menentu. Tapau jer...dari kedai. Pakat-pakat tolong antara satu sama lain. Sebab, dua-dua dah tak larat. Nasib baik si Ibrahim tak buat perangai sangat, agaknya dia pun faham yang his parents tak berapa sihat.

Hari ke-4, si Ibrahim pulak yang demam. Terpaksalah aku dan husband aku bergilir menjaga Ibrahim. Very lucky, Maryam tak demam. Bolehlah jugak aku mintak tolong apa-apa yang patut.

Demam aku betul-betul sembuh on last Sunday. Itupun, still rasa pening-pening. Selera pun masih kurang. Rasa loya sangat tekak nih. I have no idea nak makan apa. Bila dah sakit cenggini, baru terasa betapa  nikmatnya badan yang sihat. Bak kata husband aku, REDHA DENGAN SAKIT YANG DIBERI. SEMOGA IANYA MENJADI PENGHAPUS DOSA-DOSA KECIL!

No comments:

Post a Comment