Wednesday, October 26, 2011

Naik tren.

Bagi memenuhi tuntutan anak aku, Maryam untuk menaiki tren. Kesian pulak aku sebab si Maryam nih teringin sangat nak naik tren. Hajat aku nak bawak dia naik monorail, tapi tak berkesempatan. Hanya berkesempatan bawak naik LRT. Dulu, Maryam pernah naik komuter. Time tuh, aku pegi Midvalley with my ibu. Tapi, dia dah tak ingat dah pun sebab she's 2 years at that time.

Aku tinggalkan kereta kat KL Sentral, ambik tiket naik LRT from here. Mana nak pegi nih...? At last, ambik tiket pegi ke KLCC. Sampai kat KLCC, terus menghala ke Kinokuniya. Beli buku for Maryam and Ibrahim. Tiba-tiba rasa teringin sangat nak makan pretzel. Dah lama tak makan benda alah nih. Time study dulu, selalu jugak makan pretzel. Almaklumlah, cik husband aku pernah kerja part time kat Auntie Anne's. So, ditapaunya pretzel kalau tak habis. Husband aku nih jenis yang tak boleh nak duduk rumah kalau semester break. Kalau takder projek kolej, dia akan kerja part time. Dia pernah jugak bekerja kat Hagen Dazz kat BSC. Perghhh....boleh dikatakan hari-hari aku dapat makan aiskrim Hagen Dazz! Tapi, tak semua aiskrimnya boleh dimakan. Ada yang halal dan ada yang tak halal. For now, I won't take it. Musykil and was-was.

Habis jugaklah dua pretzel aku makan. Maryam ajak aku lepak kat park, tapi malaslah aku. Panas...buat pening kepala jer! Terus ambik tren, menghala balik ke KL Sentral. Kata si Maryam, dia nak cerita kat ustazahnya pengalaman menaiki LRT. Betul jugak....takkan namanya orang KL kalau tak pernah naik LRT...?!

Muka excited anak aku sewaktu nak naik tren.

Rombongan Cik Maryam.

Aku nak upload all the pics sekitar rombongan sekolah anak aku, Maryam. Tempat-tempat yang dilawatinya ialah Muzium Tentera Udara dan Darat and yang paling best sekali ialah lawatan ke kilang membuat coklat, Beryl's di Seri Kembangan. Sebelum bertolak, sempat jugaklah aku singgah sekejap ke sekolah Maryam untuk aku pass my camera. I've asked her teachers to take photos.













fEVEr.

Dah lama rasanya aku tak menggodek blog aku yang tak seberapa nih. Sepanjang 2 minggu lepas, aku sefamili diserang demam panas. Mulanya, aku yang demam. Hari pertama, aku boleh bertahan lagi. Cumanya, kepala dah rasa pening-pening. Nak drive dah tak mampu. So, husband aku mencadangkan dirinya untuk menghantar aku ke tempat kerja. AlhamduliLLAH.

Hari ke-2, aku dah tak larat sangat. Badan terasa lenguh, mata berpinar and aku terasa sejuk sangat. Walaupun, aku dah selubungkan badan aku dengan kain gebar yang tebal. Nak telan Panadol, tak boleh sebab aku alergic dengan Paracetamol. Kalau tak, kurang sket rasa panas badan nih. Nak ke klinik, tak daya sangat nak drive. Nak tak nak, aku kena tunggu husband aku balik dari kerja. Perut pun dah mula berkeroncong minta diisikan sesuatu. Tapi, lidah terasa pahit. Tak tahu nak makan apa. Mulalah, aku muntah sebab perut kosong. Aku pulak ada gastrik.

Sehingga petang, baru aku ke klinik setelah husband aku pulang dari keje. Badan dah menggeletar. Rupa-rupanya, husband aku jugak sudah menunjukkan tanda-tanda untuk demam. Tapi, dia mampu bertahan lagi. Ahhh.....sudah, inilah perkara yang paling aku takut actually. Kalau sudah kedua-duanya demam, saper nak jaga saper? At this moment, memang aku berharap pada husband aku. Tolong basuhkan kain baju, sidaikan baju, kemaskan rumah dan tengokkan anak-anak aku.

Masuk hari ke-3, me and my husband dah tak larat bangun. Kesian kat Maryam and Ibrahim. Makan pun dah tak menentu. Tapau jer...dari kedai. Pakat-pakat tolong antara satu sama lain. Sebab, dua-dua dah tak larat. Nasib baik si Ibrahim tak buat perangai sangat, agaknya dia pun faham yang his parents tak berapa sihat.

Hari ke-4, si Ibrahim pulak yang demam. Terpaksalah aku dan husband aku bergilir menjaga Ibrahim. Very lucky, Maryam tak demam. Bolehlah jugak aku mintak tolong apa-apa yang patut.

Demam aku betul-betul sembuh on last Sunday. Itupun, still rasa pening-pening. Selera pun masih kurang. Rasa loya sangat tekak nih. I have no idea nak makan apa. Bila dah sakit cenggini, baru terasa betapa  nikmatnya badan yang sihat. Bak kata husband aku, REDHA DENGAN SAKIT YANG DIBERI. SEMOGA IANYA MENJADI PENGHAPUS DOSA-DOSA KECIL!

Thursday, October 13, 2011

Tiba-tiba....

......aku teringin nak makan kerabu pegaga mak aku,
(Ala, Adik....tak teringat kat ibu? Teringin kan, nak makan masakan ibu? Especially, time lonely macam nih)


AND,

aku teringin nak makan bingka mak aku! ENOUGH!


Mana nak cari stokin nih...?

Sejak beranak nih....tapak kaki aku menjadi sangat sensitif. Terutamanya waktu malam. Mudah sangat pecah-pecah. Sakit. So, terpaksalah aku memakai stokin bila tidur. Masalahnya pulak, aku tak suka pakai stokin. Rimas.

Sehinggalah aku berjumpa dengan this kind of socks. Itupun secara kebetulan. Aku tolong adik aku, Ateh mengemas rumahnya time dia berpindah tempoh hari. And aku terjumpalah stokin nih, ok jugak. Takderlah rimas sangat aku nak pakai nanti. Best stokin nih sebab kat dalamnya lembut dan gebu. Tak macam stokin sangat, nampak macam kasut ballerina. Aku tanya adik aku, mana dia beli stokin nih. Dia pun tak tahu sebab actually dia pun dapat daripada mak aku. Mak aku pulak dapat daripada Mak Long aku. Mak long aku pulak belinya sewaktu dia menunaikan haji. Maknanya beli kat Mekah. Takkan kat Mekah jer...yang ada stokin nih? Aku rasa kat Malaysia pun ada jual this kind of socks. Tapi, di mana...ya...? Ermmmm......

Perihal tido.

Semalam aku terpandang kedua-dua anak aku tido. Macam-macam gaya. Kedua-dua anak aku tido satu katil. Sebab diaorang still kecik lagi, itu yang aku tak pisahkan tempat tido. But by next year, I have to separate tempat tidur for Maryam. Because she'll be 6 years old. Tersengih-sengih aku tengok cara diaorang tidur. Terutamanya si Maryam. Memang tak sopan langsung. Kalau pants, oklah sket. Tapi kalau pakai dress macam cenggini...memang yang ADOlah! Habis terselak semuanya, takdernya nak sopan-sopan bagai. Tetiba aku teringat suatu kenangan manis sewaktu aku kecik dulu, berkaitan dengan tidur jugak.


Kisah ini berlaku sewaktu aku berumur 10 tahun. Aku memang kerap jugak lepak kat rumah cousin aku kalau cuti sekolah. Sepupu aku yang tinggal kat Bandar Baru Bangi. Satu malam, baju tidur aku tak kering. Dah habis stok, almaklumlah cadang nak stay 2-3 hari...tapi melalut jadi seminggu. So, terpaksalah aku pakai t-shirt cousin aku dengan kain batik. Aku tak pandai sangat pakai kain batik nih. Sebabnya, aku prefer pakai short jer. Budak-budak ler...katakan, mana ranggi pakai kain batik nih!

Time nak tido tuh, aku betul-betulkan kain yang aku pakai dan aku pastikan yang kedudukan untuk tidur yang bersesuaian. Budget...tak nak gerak sangat. Steady...jer. Until subuh...time cousin aku nak kejutkan aku bangun, menjerit si cousin aku nih.

" Nin....mana kain? Takkan tidur pun nak pose seksi-meksi?"

Yang aku ni dok tergaru-garu mata, terpinga-pinga. Apahal pulak cousin aku sound macam tu. Tapi, memang aku rasa sejuk yang lain macam sket. Terus aku raba-raba peha aku. "????......!!!!...". Mana pulak pegi kain batik yang aku pakai. Tinggal seluar dalam jer. Itu pun nasib baik aku pakai seluar dalam, kalau tak....? Tetiba aku terpandang....nun jauh di sana segumpal kain batik aku  terletak betul-betul di bawah meja study cousin aku. Terletak elok...jer. Jauh jugak tu jaraknya. Macam mana aku boleh bergerak sejauh ini?  Sejak  daripada insiden itu, aku dah tak berani nak pakai kain batik sewaktu tidur.

Sekarang dah kahwin jer....aku memberanikan diri untuk memakai kain batik. Iyelah segan jugak aku dengan in-laws. AlhamduliLLAH, sekarang aku dah pandai pakai kain batik. Tapi kalau nak tidur, aku takkan pakai kain batik. Takut terlondeh pulak....OPPSSS.....saper nak  jawab?

Itulah kenangan manis sewaktu aku memakai kain batik. Tak tahulah manis atau tak, tapi  yang pasti aku akan tersengih sorang-sorang apabila aku mengingatinya semula.

Thursday, October 6, 2011

Wedding sepupuku yang terakhir.

Seperti yang sedia maklum, bapa aku tak mempunyai banyak adik-beradik. Yang sulung perempuan, yang kedua ialah lelaki dan bapa aku anak yang bongsu. Kakak bapaku yang sulung dah lama meninggal. Aku pun tak pernah tengok si empunya diri. Yang tinggal hanya bapa aku dan abangnya yang kedua. Aku memanggilnya Chu. Atau lebih tepat lagi Chu Hashim sebab namanya Hashim. Chu aku nih tinggal kat Bandar Baru Bangi. Berumur lebih kurang 60++ tahun. Dulu bekerja as a lecturer kat UKM. Wife dia pulak aku panggil Maksu, juga lecturer kat UKM. Tapi, dah lama la pencen. Mak and bapak sedara aku ni pulak hanya mempunyai 2 orang anak. Kedua-duanya perempuan. Yang sulung tu dah lama kahwin, juga bekerja as a lecturer kat UKM. Don't be surprised, family aku memang suka masuk UKM. He...he...he....bapak aku pun UKM! Nasib baik aku bukan dari UKM....!

So, this is the second wedding for my Chu Hashim's family. Yang last....! Sepupu aku yang kahwin ni namanya Fadhillah Annaim Huda, also graduated (degree and master) from UKM. Nasib baik tak kerja kat UKM. This wedding diadakan di perkarangan Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi. Berdekatan dengan area rumah Dr. Haron Din. Tema for this wedding is actually pink colour. Tapi disebabkan aku tak sempat nak iron baju (yang sepatutnya aku pakai during the wedding), aku belasah jerlah baju yang selalu aku pakai nih. He...he...tak exclusive langsung!

Makanya, this is the wedding yang terakhir on my father's side. Tunggu pulak giliran adik-adik aku pulak yang akan melangsungkan perkahwinan. Itu pun tak tahu pulak bila lagi....HA....HA....HA....!



Aku dengan kakak si pengantin, Fatimah Yusro.