Tuesday, September 27, 2011

Terlepas pandang.

Selesai sudah isu-isu yang berkaitan dengan babysitter. Sedang aku dok sibuk menyidai kain kat yard, tetiba aku terdengar ada suara menyapa aku.

" Nin...macam mana dengan Maryam dan Ibrahim sejak dok nursery?". Terkejut jugak, ingatkan saper. Rupa-rupanya si kakak babysitter. Tak payahlah aku mentioned namanya kat sini. Apa aku nak jawab nih, nak bagi jawapan jujur ke...tak jujur?

"Ok jer, kak. Kenapa, kak...?". Musykil jugak aku nih. Macam sedih jer...nada suaranya.

" Takderlah, Nin...akak tengok kesian pulak si Ibrahim. Kalau nangis tuh, macam dah lain sangat suaranya. Macam dia sedih. Tak sampai hati pulak akak setiap kali dengar suara Ibrahim." Ini yang aku tak suka nih sebab actually aku dah simpan jauh-jauh rasa sedih dan simpati aku kat anak-anak aku sejak aku hantar diaorang kat nursery. Tetiba pulak si kakak nih mengingatkan aku semula.

" Kalau Nin tak kisah, akak nak jaga semula si Maryam dan Ibrahim. Boleh ker, Nin...?". Pucuk dicita ulam mendatang. Tapi, cover jugaklah sebab aku taknaklah tunjuk sangat yang aku nih excited tahap gaban nih. Cool, Nin...! Boleh pulak aku buat muka poyo macam tak sudilah konon!

" Takperlah, kak. Nin kesian jugak kat akak". Cehhh...cover line lagi, provoke lagi. Tapi, tak boleh over sangat. Nanti melepas pulak peluang yang "baik punya" nih! Tapi bila difikirkan balik, memang kesian jugak kat anak-anak aku, terutamanya si Ibrahim. Dia pun ada perasaan jugak, macam manusia lain. Eventhough, he's still a child. Anak-anak aku memang tak pernah lagi bertukar babysitter semenjak diaorang kecik lagi. Lepas jer...berpantang, terus aku hantar pada si kakak nih. Rasanya anak-anak aku pun dah menganggap kakak ni macam mak sendiri. Mana taknya....masa diaorang lebih banyak dihabiskan dengan kakak ni berbanding dengan parents sendiri. Sebab tulah pentingnya bagi aku untuk mencari betul-betul the babysitter for my kids. Tak boleh orang sembarangan. Banyak influences to my kids.

That's why Islam itu INDAH, tak menggalakkan perempuan untuk keluar bekerja. The main jobs for them are actually melayan para suami dan mendidik anak-anak. Besar pengaruhnya seorang ibu ke atas setiap anak-anaknya. Begitulah juga dengan ganjaran pahala yang akan diterimanya. Tapi tak semua yang berkemampuan untuk melakukan sedemikian. Banyak tuntutannya untuk hidup di akhir zaman nih.

Aku tak nafikan yang perangai anak-anak aku banyak berubah semenjak aku menghantar mereka ke nursery. Terutamanya si Ibrahim. Bukan disebabkan oleh pengaruh kawan-kawan di nursery. Tapi disebabkan rasa ketidakpuasan mereka dengan tindakan aku menghantar mereka ke nursery. Maksud aku, they are trying to rebel! They cannot speak well if they are unhappy especially for those 2 years kids. Thus, they will show it through their actions. For example, Ibrahim dah mula mencampak something kalau dia dah mula marah. He refuses to eat. May be kita akan fikir, itu perkara biasa. Tapi, kita tak pernah fikirkan di sebalik perilaku tersebut. Itulah salah satu cara untuk menunjukkan rasa tak puas hati mereka.

Sometimes, kita selalu terlepas pandang dengan tuntutan si anak kecil. Sebab kita selalu fikir yang mereka tidak punyai apa-apa kepentingan. Aku pun sama. Rasa macam banyak benda lain lagi yang lebih penting daripada mereka. Korang perasan tak kalau kita balik jer...rumah, maka menderulah si anak-anak kecil mintak diberikan perhatian. Macam-macam cerita yang keluar daripada mulut diaorang. Kisah kawan beli colour pencils baru lah, balik kampung lah,  kawan demam lah etc. Kadang-kadang, pening jugak kepala ni nak mendengarnya. Almaklumlah, kerja lain pun berlambak lagi...nak tambah lagi dengan cerita yang bukan-bukan. Kita terlupa nak tunjukkan yang kita interested nak mendengar apa yang keluar dari mulut anak-anak kita.

I'm not saying that I'm the best but, I'm trying to be the best! Everyday bila aku sampai kat rumah, aku akan cuba mendengar apa yang anak-anak aku sampaikan. Kalau tak, aku sendiri yang akan menanyakan kepada mereka. Perkara yang tak mampu untuk aku lakukan 3 years ago sebab komitmen dengan kerja yang maha mencabar. Sekarang, AlhamduliLLAH. Contohnya, apa yang Maryam learn kat sekolah, apa yang diaorang makan hari ini etc. Sedikit sebanyak diaorang akan terfikir yang ibu mereka still ambik berat akan hal mereka.

No comments:

Post a Comment