Monday, September 12, 2011

Menu yang rare!

Aku bercuti for raya 1 week awal sebelum raya. So, sempatlah aku balik berbuka puasa kat rumah mertua aku kat Bagan Serai, Perak dan rumah parents aku kat Pendang, Kedah. Bila dah balik berbuka dengan family, mestilah akan keluar perangai 'ngada-ngada' aku. Bukan mengada-ngada apa, mengada-ngada nak makan something yang payah nak dapat kat KL nih.

And, kebetulan pulak kedua-dua my sisters jugak balik. So, bolehlah demand sket nak makan apa. Pikir punya pikir, at last we came out with Gulai Kawah Daging dengan Batang Pisang. Aku dan adik-adik pompuan aku berhempas pulas untuk menyiapkan masakan ini dengan dibantu oleh mak aku. Actually, kitaorang pernah masak resepi ni dulu. So, this time takder masalah nak masak.

Inilah batang pisangnya. Actually, bukan batang pisang. Umbut pisang.


Bahan yang dikisar: bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit.


Cili kering yang dikisar.


Mestila ada dagingnya. Kalau nak sedap, masukkan sekali tulang-tulangnya.


Kalau dagingnya nak bagi cepat empuk, korang gunalah pressure cooker. Takderlah...rugi gas..he...he...he.


Tadaa....dah siap pun.

No comments:

Post a Comment