Sunday, September 18, 2011

The invitations.

Apa yang akan berlaku selepas cuti raya? Aktiviti ni selalunya akan melanda bagi penduduk-penduduk sekitar KL dan seangkatan dengannya. Apa lagi kalau bukan open house!

Jenuh jugakla nak mengatur rumah. Kalau tak pegi, best friends...apa kata diaorang. Tak sedap hatilah pulak. Nak tak nak, terpaksalah pegi. Takper kalau meraikan jemputan orang. Makan tu janganlah main suap jer... kalau dah tahu ada 10 buah rumah nak attend. Ini main bedal jer....sampai rumah yang ke-3, dah semput. Dah takder space nak isi kat perut. Agak-agak ler....!

Tapi, tak salahkan diri sendiri jugak sebab kadang-kadang rumah yang pertama tuh mungkin makanannya best-best! Takkan nak tengok jer...mestilah nak melantak lebih sket. Kot-kot makanan rumah yang ke-2 tak best. Tak ker rugi tuh?! Itu bagi yang berniat nak mentekedarah ler...tapi bagi yang nak mengeratkan tali silaturrahim, takderler berperangai macam tu. Hantu raya pun mintak simpang!!!

I've received the invitations since last Friday. Almaklumlah, Friday tu kan...Hari 1Malaysia. But unfortunately, my Ibrahim tak berapa sihat...so, terpaksalah aku menonong pegi  dengan all my sisters. Kebetulan pulak semua adik aku datang rumah aku. Jemputan pertama yang aku terima adalah daripada Kak Shila and Abang Tajul di Bandar Nusaputra, Puchong. The event started at 5.30 pm. Aku sampai pun almost 7 pm. Makan-makan, solat Maghrib and makan lagi. Sedap nasi ayam yang dimasak oleh Kak Shila. Lepak-lepak jap...pukul 10 pm, baru mencanak balik.

On Saturday pulak, first invitation ke Alam Budiman, Shah Alam. Jemputan daripada office-mate husband aku, Kak Nik. Makan 2-3 cucuk satay, dok jap...then kitaorang gerak ke Bandar Baru Sungai Buloh. Ada wedding invitation. Actually, the invitation is for abah aku. Tapi disebabkan abah aku tak boleh nak attend, dia akan wakilkan aku untuk pegi. Then, kitaorang gerak pulak ke rumah adik ipar aku kat Cheras. Lepak kat situ and solat, terus heading ke rumah satu-satunya bapa sedara aku sebelah abah aku di Bandar Baru Bangi.

Perut dah sengkak and mata pun dah mengantuk. Kat kepala nih dah set, balik rumah...mandi-mandi and tido. Tak sempat sampai rumah lagi, aku dah tertidur dalam kereta. Semua tido except husband aku jer...iyelah kalau husband aku tido, saper nak drive?!

Bagi yang ada duit lebih tuh, apa salahnya buat open house. Tapi, janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk sofa, curtain atau pinggan-mangkuk baru. Dah hilang pahala. Biarlah kita berniat untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama kita. Kan ker manis...? Kalau tak mampu nak buat open house, memadailah dengan apa yang ada. Tak pun, open table jer...! Ok jugak tuh! Tepuk dada tanya selera dan kalau nak ukur, biarlah kat badan sendiri.

No comments:

Post a Comment