Monday, September 12, 2011

Apabila bebudak beraya.

Raya ke-4, aku kat rumah mertua aku. Alkisahnya, dah takder plan nak pegi beraya kat mana....kakak iparku yang sulung angkut semua anak buahnya 'beraya' kat sungai di Taiping. Punyalah happy diaorang...almaklumlah bebudak nih dah boring sebenarnya dok pi beraya. Bukannya diaorang faham sangat pun apa yang dimaksudkan dengan Hari Raya. Yang pasti, duit raya jer....yang diaorang faham. Itupun yang berumur 4 tahun ke atas. Kalau macam si Ibrahim ni....orang bagi duit raya pun, dicampaknya ntah ke mana-mana.

Berkubang anak-anak aku dengan sepupu sepapatnya di sungai yang aku tak tahu pun namanya. Sungai ini terletak di sekitar Taman Tasik Taiping. Aku tak join pun aktiviti nih, cuma husband aku jer yang temankan kakak iparku. Tak daya kalau kakak iparku sorang nak kawal bebudak nih.


Anak kakak iparku yang kedua, Muhammad Idris Afifi


Ni pulak abang si Idris, Muhammad Adam Syamil.


Anak aku, Ikhlas Ibrahim.


Anak kakak iparku yang ketiga, Nurul Izzah Kamalia Sofia.


Anak perempuan aku, Ilham Maryam.


No comments:

Post a Comment