Tuesday, September 27, 2011

Terlepas pandang.

Selesai sudah isu-isu yang berkaitan dengan babysitter. Sedang aku dok sibuk menyidai kain kat yard, tetiba aku terdengar ada suara menyapa aku.

" Nin...macam mana dengan Maryam dan Ibrahim sejak dok nursery?". Terkejut jugak, ingatkan saper. Rupa-rupanya si kakak babysitter. Tak payahlah aku mentioned namanya kat sini. Apa aku nak jawab nih, nak bagi jawapan jujur ke...tak jujur?

"Ok jer, kak. Kenapa, kak...?". Musykil jugak aku nih. Macam sedih jer...nada suaranya.

" Takderlah, Nin...akak tengok kesian pulak si Ibrahim. Kalau nangis tuh, macam dah lain sangat suaranya. Macam dia sedih. Tak sampai hati pulak akak setiap kali dengar suara Ibrahim." Ini yang aku tak suka nih sebab actually aku dah simpan jauh-jauh rasa sedih dan simpati aku kat anak-anak aku sejak aku hantar diaorang kat nursery. Tetiba pulak si kakak nih mengingatkan aku semula.

" Kalau Nin tak kisah, akak nak jaga semula si Maryam dan Ibrahim. Boleh ker, Nin...?". Pucuk dicita ulam mendatang. Tapi, cover jugaklah sebab aku taknaklah tunjuk sangat yang aku nih excited tahap gaban nih. Cool, Nin...! Boleh pulak aku buat muka poyo macam tak sudilah konon!

" Takperlah, kak. Nin kesian jugak kat akak". Cehhh...cover line lagi, provoke lagi. Tapi, tak boleh over sangat. Nanti melepas pulak peluang yang "baik punya" nih! Tapi bila difikirkan balik, memang kesian jugak kat anak-anak aku, terutamanya si Ibrahim. Dia pun ada perasaan jugak, macam manusia lain. Eventhough, he's still a child. Anak-anak aku memang tak pernah lagi bertukar babysitter semenjak diaorang kecik lagi. Lepas jer...berpantang, terus aku hantar pada si kakak nih. Rasanya anak-anak aku pun dah menganggap kakak ni macam mak sendiri. Mana taknya....masa diaorang lebih banyak dihabiskan dengan kakak ni berbanding dengan parents sendiri. Sebab tulah pentingnya bagi aku untuk mencari betul-betul the babysitter for my kids. Tak boleh orang sembarangan. Banyak influences to my kids.

That's why Islam itu INDAH, tak menggalakkan perempuan untuk keluar bekerja. The main jobs for them are actually melayan para suami dan mendidik anak-anak. Besar pengaruhnya seorang ibu ke atas setiap anak-anaknya. Begitulah juga dengan ganjaran pahala yang akan diterimanya. Tapi tak semua yang berkemampuan untuk melakukan sedemikian. Banyak tuntutannya untuk hidup di akhir zaman nih.

Aku tak nafikan yang perangai anak-anak aku banyak berubah semenjak aku menghantar mereka ke nursery. Terutamanya si Ibrahim. Bukan disebabkan oleh pengaruh kawan-kawan di nursery. Tapi disebabkan rasa ketidakpuasan mereka dengan tindakan aku menghantar mereka ke nursery. Maksud aku, they are trying to rebel! They cannot speak well if they are unhappy especially for those 2 years kids. Thus, they will show it through their actions. For example, Ibrahim dah mula mencampak something kalau dia dah mula marah. He refuses to eat. May be kita akan fikir, itu perkara biasa. Tapi, kita tak pernah fikirkan di sebalik perilaku tersebut. Itulah salah satu cara untuk menunjukkan rasa tak puas hati mereka.

Sometimes, kita selalu terlepas pandang dengan tuntutan si anak kecil. Sebab kita selalu fikir yang mereka tidak punyai apa-apa kepentingan. Aku pun sama. Rasa macam banyak benda lain lagi yang lebih penting daripada mereka. Korang perasan tak kalau kita balik jer...rumah, maka menderulah si anak-anak kecil mintak diberikan perhatian. Macam-macam cerita yang keluar daripada mulut diaorang. Kisah kawan beli colour pencils baru lah, balik kampung lah,  kawan demam lah etc. Kadang-kadang, pening jugak kepala ni nak mendengarnya. Almaklumlah, kerja lain pun berlambak lagi...nak tambah lagi dengan cerita yang bukan-bukan. Kita terlupa nak tunjukkan yang kita interested nak mendengar apa yang keluar dari mulut anak-anak kita.

I'm not saying that I'm the best but, I'm trying to be the best! Everyday bila aku sampai kat rumah, aku akan cuba mendengar apa yang anak-anak aku sampaikan. Kalau tak, aku sendiri yang akan menanyakan kepada mereka. Perkara yang tak mampu untuk aku lakukan 3 years ago sebab komitmen dengan kerja yang maha mencabar. Sekarang, AlhamduliLLAH. Contohnya, apa yang Maryam learn kat sekolah, apa yang diaorang makan hari ini etc. Sedikit sebanyak diaorang akan terfikir yang ibu mereka still ambik berat akan hal mereka.

Sunday, September 25, 2011

Concept exchange.

On last entry, aku ada mentioned yang aku nak tukar konsep deko rumah aku yang tak seberapa nih. Dah boring sangat dengan konsep English nih. Actually, the main reason aku nak tukar konsep sebabnya aku dah tak larat nak belek-belek benda yang kecik-kecik nih. Almaklumlah, kita kena rajin kalau dengan konsep English. Sebab, ianya melibatkan banyak benda yang kecik-kecik. Takkan nak biarkannya berhabuk jer. Lagipun, aku nak living room yang modern, simple dan practical.

So, I'm trying my best to do the task. Walaupun, tak sepenuhnya siap. Banyak benda yang nak kena touch-up lagi. It will take times unless you ada duit riban-riban. For me, aku suka fikirkan the main items yang perlu ada first, then I will come for the accessories. Then only, ianya takkan membazir wang & masa dan tak menyemakkan keadaan. Kebanyakkan barang, aku beli kat IKEA. Sebelum ke IKEA, aku akan scroll dulu apa yang aku nak beli kat their website. Check the availability and the most important part is the price. Print out the list and go for shopping. Easy!

Kat sini, aku revealed sket apa yang termampu aku tukar. Separuh siap. Jangan gelakkan aku dahler....ini yang termampu dan terdaya aku buat at this moment.


BEFORE




AFTER







Sunday, September 18, 2011

The invitations.

Apa yang akan berlaku selepas cuti raya? Aktiviti ni selalunya akan melanda bagi penduduk-penduduk sekitar KL dan seangkatan dengannya. Apa lagi kalau bukan open house!

Jenuh jugakla nak mengatur rumah. Kalau tak pegi, best friends...apa kata diaorang. Tak sedap hatilah pulak. Nak tak nak, terpaksalah pegi. Takper kalau meraikan jemputan orang. Makan tu janganlah main suap jer... kalau dah tahu ada 10 buah rumah nak attend. Ini main bedal jer....sampai rumah yang ke-3, dah semput. Dah takder space nak isi kat perut. Agak-agak ler....!

Tapi, tak salahkan diri sendiri jugak sebab kadang-kadang rumah yang pertama tuh mungkin makanannya best-best! Takkan nak tengok jer...mestilah nak melantak lebih sket. Kot-kot makanan rumah yang ke-2 tak best. Tak ker rugi tuh?! Itu bagi yang berniat nak mentekedarah ler...tapi bagi yang nak mengeratkan tali silaturrahim, takderler berperangai macam tu. Hantu raya pun mintak simpang!!!

I've received the invitations since last Friday. Almaklumlah, Friday tu kan...Hari 1Malaysia. But unfortunately, my Ibrahim tak berapa sihat...so, terpaksalah aku menonong pegi  dengan all my sisters. Kebetulan pulak semua adik aku datang rumah aku. Jemputan pertama yang aku terima adalah daripada Kak Shila and Abang Tajul di Bandar Nusaputra, Puchong. The event started at 5.30 pm. Aku sampai pun almost 7 pm. Makan-makan, solat Maghrib and makan lagi. Sedap nasi ayam yang dimasak oleh Kak Shila. Lepak-lepak jap...pukul 10 pm, baru mencanak balik.

On Saturday pulak, first invitation ke Alam Budiman, Shah Alam. Jemputan daripada office-mate husband aku, Kak Nik. Makan 2-3 cucuk satay, dok jap...then kitaorang gerak ke Bandar Baru Sungai Buloh. Ada wedding invitation. Actually, the invitation is for abah aku. Tapi disebabkan abah aku tak boleh nak attend, dia akan wakilkan aku untuk pegi. Then, kitaorang gerak pulak ke rumah adik ipar aku kat Cheras. Lepak kat situ and solat, terus heading ke rumah satu-satunya bapa sedara aku sebelah abah aku di Bandar Baru Bangi.

Perut dah sengkak and mata pun dah mengantuk. Kat kepala nih dah set, balik rumah...mandi-mandi and tido. Tak sempat sampai rumah lagi, aku dah tertidur dalam kereta. Semua tido except husband aku jer...iyelah kalau husband aku tido, saper nak drive?!

Bagi yang ada duit lebih tuh, apa salahnya buat open house. Tapi, janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk sofa, curtain atau pinggan-mangkuk baru. Dah hilang pahala. Biarlah kita berniat untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama kita. Kan ker manis...? Kalau tak mampu nak buat open house, memadailah dengan apa yang ada. Tak pun, open table jer...! Ok jugak tuh! Tepuk dada tanya selera dan kalau nak ukur, biarlah kat badan sendiri.

Tuesday, September 13, 2011

Naluri perempuanku tersentuh...

Since last week, perasaanku berkecamuk. Kerja and kids' matters. Balik daripada cuti raya, my babysitter got a problem. Aku tak tahulah what's the actual problem  because I won't korek-korek rahsia the others, unless she herself will tell it. But according to her, dia ada masalah kesihatan. May be, it's true because she's almost 40's. Moreover, dia jaga budak nih since umur belasan lagi. Mungkin sekarang, she feels so tired.

Other people think that I have a problem with her. I don't have any problem with her. Luckily, aku tanyakan dia on this matter. Kalau tak, until next year pun aku tak tahu yang actually dia tak daya to do the babysitting. Aku ok and aku boleh faham her situation. Cuma, aku rasa agak terkilan sebab dia tak berterus-terang dengan aku. Kalau tak, senang untuk aku carikan a new babysitter to my kids. Sekarang nih, bukan senang nak cari babysitter. Tambahan lagi, all my kids dah biasa dengan dia. So, it will take times to adapt with a new babysitter. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Pening jugak kepala otak aku nih, mana nak cari orang nak jaga anak-anak aku.

At this point, mulalah terpikir untuk berhenti kerja. Tapi, aku tak boleh mengalah. I have to find a solution. Think positive...bak kata abah aku, mungkin ada kebaikan yang tersembunyi. AlhamduliLLAH, I can manage my emotion. Manage means, bukanlah bermaksud aku tak rasa apa-apa. Inside YES...but outside, NO. Luaran, aku tak tunjukkan apa-apa reaksi.

Setelah my husband and I have a discussion, we are decided to put our kids into Day Care Centre. Actually, taska ini adalah di bawah pengurusan tadika tempat anak perempuanku belajar. For me, Maryam ok...tapi aku terpikirkan si adiknya, Ibrahim. Mesti agak susah untuknya menyesuaikan keadaan di tempat baru.

Seperti yang dijangka, sampai jer...kat taska tu, Ibrahim meronta-ronta nak ikut aku. Aku bawakan jugak dia masuk ke dalam sambil aku peluknya erat. Aku cuba memujuknya. Sehingga aku berjalan ke kereta, Ibrahim masih memanggil aku. Dalam hati nih, hanya tuhan yang tahu apa yang aku rasa. I have to show that I'm strong. Kalau aku nangis...so, how about my kids?

Every 2 hours, aku akan call the teachers. Tanyakan perihal Ibrahim. He's ok, tak lama nangis. Cuma, he refuses to eat. He will only takes his meal when his sister, Maryam balik daripada tadika. Nasib baik, Maryam dah boleh look after her brother. According to the teachers, Maryam akan tepuk-tepukkan adiknya time tidur. Terpalit kasih seorang kakak pada adiknya. Syahdunya...aku dengar!

Buat masa sekarang, naluri keperempuananku masih lagi tersentuh dengan reaksi anak-anak aku. I will give the best for my kids. Because, I'm their mother and I know themselves better. Eventhough, aku nampak strong, I still need someone to make me comfort. At this moment, I really2 need my husband's shoulders to cry on. Itulah realiti seorang perempuan, jiwanya mudah tersentuh. Terlalu fragile. That's why tuhan ciptakan seorang lelaki untuk mendampinginya ketika dia memerlukan kekuatan.

Wish me luck for me and my lovely kids.

Monday, September 12, 2011

Me & my dream



Which one do I adore most?
Is it the car or the girl?

The answer is I do love the girl ( for sure...! ) and I REALLY adore the car.
Hopefully, I will get it perhaps in 3 years or 5 years....?
He...he...he....

Really hope to use this brand!

Apabila bebudak beraya.

Raya ke-4, aku kat rumah mertua aku. Alkisahnya, dah takder plan nak pegi beraya kat mana....kakak iparku yang sulung angkut semua anak buahnya 'beraya' kat sungai di Taiping. Punyalah happy diaorang...almaklumlah bebudak nih dah boring sebenarnya dok pi beraya. Bukannya diaorang faham sangat pun apa yang dimaksudkan dengan Hari Raya. Yang pasti, duit raya jer....yang diaorang faham. Itupun yang berumur 4 tahun ke atas. Kalau macam si Ibrahim ni....orang bagi duit raya pun, dicampaknya ntah ke mana-mana.

Berkubang anak-anak aku dengan sepupu sepapatnya di sungai yang aku tak tahu pun namanya. Sungai ini terletak di sekitar Taman Tasik Taiping. Aku tak join pun aktiviti nih, cuma husband aku jer yang temankan kakak iparku. Tak daya kalau kakak iparku sorang nak kawal bebudak nih.


Anak kakak iparku yang kedua, Muhammad Idris Afifi


Ni pulak abang si Idris, Muhammad Adam Syamil.


Anak aku, Ikhlas Ibrahim.


Anak kakak iparku yang ketiga, Nurul Izzah Kamalia Sofia.


Anak perempuan aku, Ilham Maryam.


Belajar buat pulut panggang.

Mak mertua aku nih memang terer kalau bab-bab buat kuih-muih nih. Sampaikan orang yang diajarnya pun  dah bukak gerai menjual kuih-muih. Tapi, mak mertua aku nih takderlah sampai nak menjual. Cukuplah untuk kami anak-beranaknya nak makan. Kalau dah balik ramai-ramai tuh, mesti mak mertua aku akan buatkan something. For example, tepung talam, tepung bungkus, seri muka etc. Aku berkesempatan jugaklah untuk belajar untuk membuat pulut panggang time aku balik bercuti hari tuh. Actually, kuih ni adalah kuih favourite suami aku. Tapi, nak buat macam mana si isteri tak pandai buat. Sekarang ni, kalau nak cuba...berani jugaklah.






Menu yang rare!

Aku bercuti for raya 1 week awal sebelum raya. So, sempatlah aku balik berbuka puasa kat rumah mertua aku kat Bagan Serai, Perak dan rumah parents aku kat Pendang, Kedah. Bila dah balik berbuka dengan family, mestilah akan keluar perangai 'ngada-ngada' aku. Bukan mengada-ngada apa, mengada-ngada nak makan something yang payah nak dapat kat KL nih.

And, kebetulan pulak kedua-dua my sisters jugak balik. So, bolehlah demand sket nak makan apa. Pikir punya pikir, at last we came out with Gulai Kawah Daging dengan Batang Pisang. Aku dan adik-adik pompuan aku berhempas pulas untuk menyiapkan masakan ini dengan dibantu oleh mak aku. Actually, kitaorang pernah masak resepi ni dulu. So, this time takder masalah nak masak.

Inilah batang pisangnya. Actually, bukan batang pisang. Umbut pisang.


Bahan yang dikisar: bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit.


Cili kering yang dikisar.


Mestila ada dagingnya. Kalau nak sedap, masukkan sekali tulang-tulangnya.


Kalau dagingnya nak bagi cepat empuk, korang gunalah pressure cooker. Takderlah...rugi gas..he...he...he.


Tadaa....dah siap pun.

Sunday, September 11, 2011

Gambar raya.

Aku takder mood nak menulis this month. So many things in my head. I will only uploading all the pictures. Gambar raya ni adalah di rumah mak aku kat Kedah. Semua ada kecuali adik lelaki aku yang pulang beraya di Negeri Sembilan. So, take your times to view all the pictures.