Thursday, August 4, 2011

Perkara yang aku nak elakkan.

Semalam aku tak masak untuk berbuka. Aku MALAS sangat! Ngantuk dah sampai tahap gaban. Gaban pun tak ngantuk macam aku. Drive pun, mata dah berpinar. Rasa nak terpejam jer....aku paksa bukak balik. Sebab, aku masih ingat pesanan dari abah aku. SEMINIT TERLELAP PUN TAK BOLEH WAKTU DRIVE! Dah tak tahan sangat, aku ketuk-ketuk kepala aku nih. Nak bagi segar balik. Volume radio jangan cakaplah...satu dunia boleh dengar.

So, bila dah tak masak...apa yang nak dimakan time berbuka nanti. Hujan pulak tuh...memang takkan singgahlah bazaar ramadhan. Leceh...dengan becak lagi. Tak SUKA...tak SUKA!

Last resort, mestilah berbuka kat mana-mana. For example, ramadhan buffet. Kalau boleh, aku  nak tempat yang dekat dengan rumah aku dan harga pun berpatutan. Terus aku teringat Cafe D'Manggis kat Kuang. Last year, office aku ada buat majlis berbuka puasa kat sini.

Menunya ok jugaklah. Aku makan nasi beriyani kambing, laksa dan kuih-muih. Berenti jap...solat Maghrib dulu. Dalam kepala otak nih....dah plan nak makan lagi. Kekonon nak bagi berbaloi dengan harga yang dibayar. Tapi, actually sepinggan nasi pun dah kenyang. Perut aku dah sengkak, rasa penuh. Itulah masalahnya dengan makan buffet nih. Sebab bila difikirkan balik, banyak mana sangat yang kita nak lantak untuk berbaloi dengan harga yang kita bayar? Sepinggan-dua pun dah kenyang.

So, kalau boleh...aku dah taknak makan buffet lagi. Sebabnya, aku akan melakukan dua pembaziran. Pertama, makanan dan kedua ialah duit di mana aku boleh spend untuk benda-benda yang lebih berfaedah. Kita hidup bukanlah untuk makan semata-mata. Unless, kalau ada orang yang belanja. He...he...he....

No comments:

Post a Comment