Monday, August 29, 2011

Pulang ke kampung.

Aku pulang beraya seminggu sebelum raya. So, sempatlah aku berbuka dengan family members aku. Aku balik ke kampung di sebelah husband aku dulu di Bagan Serai, Perak. Sempatlah aku spent lebih kurang lima hari di rumah mertua aku. Then, aku terus balik ke Kedah. Kampung halaman aku pulak. Aku akan habiskan Ramadhanku lebih kurang lima hari sehingga raya ke-2. Aku akan ke rumah mertuaku pada petang raya ke-2. Terpaksalah berulang-alik supaya aku dapat berbuka puasa dengan kedua-dua belah families. Adil dan saksama.

Actually,aku tak kisah sangat dengan giliran untuk pulang berhari raya. Asalkan ada tempat untuk pulang berhari raya. Takderler.... sampai nak bergaduh-gaduh pasal giliran beraya. Sebab, tujuan berhari raya adalah untuk merapatkan tali silaturrahim. Kalau dah pasangan husband and wife pun bertelagah, macam mana nak menyatukan yang lain-lain.

Semua gambar kat bawah ni di rumah mertua aku di Kampung Changkat Lobak, Bagan Serai, Perak.











Wednesday, August 17, 2011

Majlis berbuka puasa.

Semalam aku ke Prima Saujana, Kajang untuk majlis berbuka puasa dengan kengkawan. Jauh sungguh perjalanan aku untuk berbuka puasa. Sekali-sekala apa salahnya. Mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Tambahan lagi during Ramadhan.

Aku keluar office almost 5 pm. Rushing jugaklah sebab jauh jugak nak ke Kajang nih. Bukan apa, takut stuck dengan heavy traffic. But luckily, husband aku guna highway nak ke sana. Kalau tak, jangan haraplah nak sampai within one hour. Pukul 6 pm keluar rumah and at 7 pm, dah sampai kat sana. For sure untuk sampai dalam masa yang sebegini, aku menggunakan segala highway yang ada. Contohnya, GCE, NKVE, SILK, PLUS, SKVE...then only baru dapat sampai within this hour. Semua kemudahan highway aku guna...maklum ajerlah...husband aku kan, orang highway. HA....HA....HA...!

Restoren ni terletak di Saujana Prima iaitu inside Saujana Impian, Kajang. Restoren nih pernah masuk dalam "Jalan-Jalan Cari Makan". Nama restoren ni ialah ZeeZee Catering. The foods are more to Indonesian style. Nasi padang. For me, the price is ok and yang paling penting the foods memang sedap. Tak rugi kalau pegi Kajang dan singgah kejap kat sini.

Yang tudung biru tu ialah Aya, QC Head Officer kat Muzammal. She's so strong sebab dia mengidap kanser tiroid.


Adik aku, si Ateh with Kak Shila (Accountant kat Bernama) and her husband, Abang Tajul (accountant kat IJM)


Yang baju pink tuh ialah Azhar (businessman). Dah kurus pun, aku tengok si Azhar nih semenjak pose.


Myself with Ila (tudung purple), Science Officer kat UPM and Faiz (tudung hijau), Legal Executive kat TNB.




Me and Pija (dia ni...budak pandai, skip one year to finish her degree), Chemist  kat Jabatan Kimia Petaling Jaya.


LUV U ALL MY DEAR FRIENDS!!!!

Tuesday, August 16, 2011

Work hard...!

Dah lama hasrat ni aku pendamkan. Tapi, tak terdaya lagi aku nak buatnya. Almaklumlah, masa tak mengizinkan. Sekarang, aku dah bertekad untuk mengubahnya sebab aku dah mulai bosan dengan everything yang sedia ada. Walaupun, ilmu di dada tidak mencukupi lagi. Redah ajer...! Bunyi macam serious jer, kan?

Takder serius sangat pun. Yang sobonar nya...eehh, aku nak tukar tema for my living room. Seperti yang sedia maklum yang dulu aku sangat obses dengan tema gaya Inggeris. Almost 6 years, aku sticked dengan this theme. At some point, aku dah bosan dengan tema nih.

Maka, bermulalah episod di mana aku mencari-cari tema apakah yang praktikal untuk ruang tamu aku yang tak berapa nak luas. And at last, I've made a decision  for Modern Contemporary. Tapi, aku tak mahir lagi untuk bab ni. Have to study a lot on this theme. Yang pasti, this theme adalah simple and nice. Itu yang penting sebab aku dah tak larat nak tengok benda-benda yang sarat-menyarat!

First step, I have to know where I have to go for shopping all the items. Luckily, this task tak susah....kan ader, IKEA. Borang jer...apa yang kau nak borong asalkan ada ongkosnya. I went to IKEA for shopping but, I didn't buy so many things. Aku beli yang basic dulu untuk tukar kepada tema nih. In progress, mana yang tak cukup.....aku topup lagi. Slowly, it'll takes times. So, aku akan update on my progress. Tungguuu.....!

This is the living room that I want to change.

Thursday, August 4, 2011

Perkara yang aku nak elakkan.

Semalam aku tak masak untuk berbuka. Aku MALAS sangat! Ngantuk dah sampai tahap gaban. Gaban pun tak ngantuk macam aku. Drive pun, mata dah berpinar. Rasa nak terpejam jer....aku paksa bukak balik. Sebab, aku masih ingat pesanan dari abah aku. SEMINIT TERLELAP PUN TAK BOLEH WAKTU DRIVE! Dah tak tahan sangat, aku ketuk-ketuk kepala aku nih. Nak bagi segar balik. Volume radio jangan cakaplah...satu dunia boleh dengar.

So, bila dah tak masak...apa yang nak dimakan time berbuka nanti. Hujan pulak tuh...memang takkan singgahlah bazaar ramadhan. Leceh...dengan becak lagi. Tak SUKA...tak SUKA!

Last resort, mestilah berbuka kat mana-mana. For example, ramadhan buffet. Kalau boleh, aku  nak tempat yang dekat dengan rumah aku dan harga pun berpatutan. Terus aku teringat Cafe D'Manggis kat Kuang. Last year, office aku ada buat majlis berbuka puasa kat sini.

Menunya ok jugaklah. Aku makan nasi beriyani kambing, laksa dan kuih-muih. Berenti jap...solat Maghrib dulu. Dalam kepala otak nih....dah plan nak makan lagi. Kekonon nak bagi berbaloi dengan harga yang dibayar. Tapi, actually sepinggan nasi pun dah kenyang. Perut aku dah sengkak, rasa penuh. Itulah masalahnya dengan makan buffet nih. Sebab bila difikirkan balik, banyak mana sangat yang kita nak lantak untuk berbaloi dengan harga yang kita bayar? Sepinggan-dua pun dah kenyang.

So, kalau boleh...aku dah taknak makan buffet lagi. Sebabnya, aku akan melakukan dua pembaziran. Pertama, makanan dan kedua ialah duit di mana aku boleh spend untuk benda-benda yang lebih berfaedah. Kita hidup bukanlah untuk makan semata-mata. Unless, kalau ada orang yang belanja. He...he...he....

Wednesday, August 3, 2011

Berbuka di Restoren Nelayan.

Aku masak untuk berbuka on the first day puasa.
Second day, ada invitation untuk berbuka di luar. Gathering with my sister, Ateh, her office-mate (Aya), my friend (Faiz) and my own family. Last minute decision nak berbuka kat mana. Just imagine nak cari tempat yang sesuai dan harga yang berpatutan dalam masa yang singkat. Adik aku called in the morning and asked for the place. Mencangak jugaklah aku. Bukak lappy and aku search online. Kebanyakkan tempat yang ok-ok, orang dah booked awal-awal.

Tetiba aku terpandang website Restoren Nelayan. Try masuk, not bad. Tempat ok and price pun ok. Terus aku booked for 5 adults and 1 kid (excluding Ibrahim). Harap-harap semuanya ok.

Sampai kat sana pun ngam-ngam 5 minit nak berbuka. Biasalah kalau dah stucked dalam heavy traffic. Stress jugakla tapi aku dah biasa time aku keje PJ dulu. Lagipun, aku yang drive bukan husband aku. Kesian jugak kat husband aku yang agak kepenatan on that day.

Aku nak review pasal this place. This place is located in Taman tasik Titiwangsa. Tempatnya sangat besar dan sangat selesa. Aku kira-kira tempat ni boleh memuatkan lebih kurang 500 orang pada satu masa. Kemudahan untuk bersolat jugak disediakan dan selesa. Harga pun ok.

CUMA,

Satu jer...yang tak berapa nak ok. Pilihan menu. Menunya agak kurang, so kita takder banyak choice nak pilih menu. Aku cakap pilihan menu, ye...bukan rasanya. Sebab, rasanya memang sedap. Cuma tak banyak pilihan. Itu ajer. So, TEPUK DADA TANYA SELERA!