Sunday, July 17, 2011

Sending back ibu & abah...

Parents aku datang sini on last Thursday. Bukan untuk leisure, shopping etc. Datang berhajat, hantar kereta kat adik aku, Cik Lah. Almaklumlah, si Cik Lah ni baru start keje. Takder transport nak bergerak. Bapak aku belikan dia kereta.

Bila nak balik ke Kedah, terpaksalah ibu and abah aku naik flight. Kitaorang booked fireflyz, senang sket. Sebabnya, airport dekat dengan rumah aku. Tak kuasa nak ke LCCT, jauh. Fireflyz...it's just nice. Tapi, harga tiket boleh tahan jugaklah. Kalau nak compare dengan Air Asia, both lebih kurang jer. Saper kata Fireflyz murah bangat...!

Forget about the flights. Bukan itu yang aku nak cerita kat sini. Aku nak bercerita pasal perangai ibu aku. For your info, ibu aku nih jenis yang sangat "touching" habiss! Kadang-kadang, aku nak tergelak jugak. Time checking the luggages tu, mak aku ok lagi. Masih ceria, siap ambik-ambik gambar lagi. But....sampai jer kat gate nak depart, kitaorang bersalam-salaman dan bercium-ciuman. Ibu aku nih...dah nampak lain. Mata dah bergenang dengan airmata. Tunggu nak jatuh jer....aku nih pulak tak boleh tengok orang nangis. Kang aku nangis sama-sama. Cepat-cepat aku usik ibu aku, "Ibu...nih, nak balik Aloq Setaq ja....bukan nak pi Mekah pun...". Tersenyum-senyum ibu dan abah aku.


Itu yang mata kasar aku lihat pada ibu aku. Sebagai seorang anak, aku tak mampu menyelami apa yang ibu aku fikirkan dan rasai. Hati seorang ibu takkan sama dengan hati seorang anak. Aku juga mempunyai anak. Korang juga mempunyai anak. Kadang-kadang, bila aku pandang wajah ibu aku....aku selalu terfikir, apa yang ibuku fikirkan. Apakah hatinya dipenuhi dengan wajah-wajah anak-anaknya? Aku yakin yang ibuku selalu memikirkan anak-anaknya. Setiap ibu juga akan berfikiran begitu. Baginya, kebahagiaan anak-anak adalah kebahagiaan buat dirinya.



Cuma yang aku takut ialah adakah aku mampu untuk memberikan secebis kebahagiaan buat ibuku?

No comments:

Post a Comment