Sunday, July 31, 2011

Semalam @ Popeye's

Weekends, adalah hari yang sangat aku suka. Sebabnya, banyak kerja rumah yang boleh aku langsai. Dan, sebenarnya aku sangat suka spend masa kat rumah. Itu kalau aku mementingkan diri sendiri. Iyelah...kesian kat anak-anak aku dok rumah jer. Dah lima hari terperap kat rumah, terutamanya si Ibrahim. Sebab, dia tak sekolah lagi. At least, si kakak ke sekolah pada sebelah pagi.

Kadang-kadang, sampai satu tahap...aku tersangatlah buntu nak pegi mana. Dok KL nih, berjalan sket semuanya pakai duit. Bilalah nak saving. Jeles aku tengok kekawan aku yang keje kat Kedah, Perak...boleh saving banyak. Rumah pun murah. Kalau setakat RM150K-RM200K, memang confirm dapat rumah yang  best-best. Kat KL nih, apartment pun dah RM150K!

Ooo...berbalik kepada tajuk entri, Sabtu lepas aku tak bercadang langsung nak keluar. Husband aku ada jugakla bagi hint nak pi makan durian kat R&R Sungai Buloh (restoren jejantas). Kat sana ada buat pesta makan durian. Durian kan, favourite husband aku. Bukan aku taknak pegi. Tapi, kerja rumah yang berlambak dan menimbun. Memang pantang aku kalau keluar berjalan-jalan, kerja rumah tak settle. Macam mana pun, kerja rumah kena settle dulu, then only nak pegi mana pun takpe.

Kekonon, nak keluar pagi untuk pesta makan durian. Postponed ke sebelah petang. Petang pun tak jadi keluar sebab si Ibrahim pulak tidur. Alih-alih, aku ajak husband aku keluar malam. Tanpa arah tujuan, takder plan nak pegi mana. Husband aku attached Smart Tag, terus menghala ke Sunway. Kitaorang cubalah cari any food stalls kat sana for dining. Jam dah menunjukkan pukul 8.30 pm.

Sampai kat sana, we're decided to have our dinner at fast food restaurant. KFC, McD, Pizza Hut..boring. Wendy's pulak tak sedap. Tetiba terpandang this restaurant. Tipikal fast food restaurant jugak. Ada fries, fried chicken etc. Tapi, yang aku nak highlight kat sini ialah rasanya. Fried chicken sedap, fries pun aku suka and ada chicken wings. Nasi pun ada and rasanya pun sedap. Kat sini, menunya terbahagi kepada dua iaitu chicken and seafood. So, we have extra choices.


Fried chicken

Chicken wings

Nasi with dowry fish.

Fries



No comments:

Post a Comment