Tuesday, July 26, 2011

Kusiram, kubaja dan kujaga.

Entah betul entah tidak, ayat-ayat aku kat atas tu. Tapi, faham..kan? Then, ok lah. That day, aku terbaca pasal hobi baru si mama aleesya-mimin (http://www.aleesya-mimin.blogspot.com/)  iaitu gardening. Terasa pulak aku nak share pasal gardening nih. Because, gardening is actually my hobby.

Aku ada jugaklah belajar pasal gardening and landscaping time study dulu. Tapi, tak mendalamlah sebab I am more to the buildings. Minor subjek jer. Tahulah sikit-sikit. Kalau nak bercucuk tanam atau gardening, mesti kita akan terfikirkan tanah yang luas. That's the main factor for gardening. Dalam landscaping, ada taman kejur dan tak kejur. Kejur means "non-living things". Kalat garden kita dihiasi dengan pokok-pokok, bunga-bunga etc...itu namanya laman tak kejur. Kalau garden kita banyak dihiasi dengan aksesori, itu namanya laman kejur. Itu cara mudah yang dapat aku describe kat sini.

And, tak semestinya for pemilikan rumah jenis Strata nih...tak boleh bercucuk tanam. For example,yang dok condo,apartments or flat. Selagi ada kemahuan, semuanya boleh buat. Dulu, aku malas jugak nak bercucuk tanam nih. Then, mak aku selalu bagi aku pokok time aku balik Kedah. Siap dengan pasu-pasu lagi. Pokok yang satu itu aku belai dan kujaga dengan teliti. And, kebetulan pulak pokok yang mak aku bagi tu...adalah dari jenis indoor. From that day, aku dah mula jatuh hati untuk menanam pokok. Kebetulan pulak, rumah aku kat Sungai Buloh. Seperti yang korang semua tahu, Sungai Buloh nih...memang well known dengan nursery atau tapak semaian pokok.

Macam kes aku, pegi jer...kat sana and asked for the indoor plant. Rumah macam aku, pokok jenis indoor jerlah yang sesuai. Jangan menggatal tangan pulak nak beli yang jenis outdoor. Senang jer...nak jaga. Aku hanya perlu menyiramnya sekali dalam seminggu. Mengikut pengalaman aku la....pokok-pokok jenis indoor hanya memerlukan kuantiti air yang sederhana. Kalau kurang air, daunnya akan menjadi layu dan kalau terlebih air pulak...daunnya akan menjadi kekuningan.

Semenjak aku menanam pokok-pokok nih, jiran tetangga aku pun suka juga. Kata diaorang (bukan aku yang kata), balik keje tengah stress dan letih...tengok pokok-pokokku yang menghijau....terus jadi segar. He...he...ok jugaklah tu kalau mendatangkan benefits pada yang lain.






No comments:

Post a Comment