Sunday, July 10, 2011

Idola-idolaku...!

Seperti remaja-remaja yang lain, aku ada jugak idola time muda-mudi dulu. As usual, kebanyakkan idola pada waktu ini adalah dari kalangan artis. Umur masih mentah, tak pandai lagi nak bezakan antara baik dan buruk. Janji idolaku ini hensem dan bergaya. Faktor lain tolak tepi dulu. He...he...he...

Kalau zaman sekolah rendah dulu, aku sangat suka kepada penyanyi dan pelakon daripada Hong Kong. Time tuh kan, tengah dok glamer dengan cerita-cerita daripada Hong Kong. Seingat aku, takkan lepaskan peluang untuk menonton drama kantonis setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6 pm di TV3. Drama yang paling aku ingat ialah "Rain In The Heart" lakonan Leon Lai. Since from that day, aku mula meminati Leon Lai. Aku tampalkan gambar-gambarnya kat dinding bilik tidur aku. Dah puas dah, abah aku memarahi aku pasal nih. Tapi, macam selalulah...berbuih dan berjuih mulut abah aku menegur aku. Aku diam jer...tak melawan. Selain Leon Lai, aku jugak meminati Aaron Kwok dan Jimmy Lin. Bila teringat  balik, nak ketawa terkekeh-kekeh aku dibuatnya. Sebab yang aku minat tuh....semuanya bermuka jambu jer! Alah...macam sekarang ni lah, budak-budak dok tergilakan Koreans! K-pop lah....apa-apa Pop lah...!

Leon Lai

Aaron Kwok

Jimmy Lin


Kalau footballer pulak, aku sangat sukakan Abbas Saad. Alaaa....pemain bola Singapura yang berasal daripada Lebanon. Hensem tuh...! Ha...ha...ha...kalau ada game yang melibatkan dia, mesti aku tak lepaskan peluang untuk menontonnya. Tapi setakat kat TV jerlah....! Sekarang si Abbas Saad nih dah jadi sport presenter kat ESPN.


Kalau local artis pulak, aku sangat meminati kumpulam 4U2C dan KRU. Time tuh kan, dua group ni tengah popular tahap gaban. Sampaikan aku sanggup tubuhkan kumpulan "4U2C" sendiri time sekolah rendah dulu. Aku angkat geng lah! Aku jadik AC Mizal...poyo gilerrr...!



 

Itu artis tempatan, artis "negeri omputih" pulak, aku meminati kumpulam New Kids On The Block. Sama jugaklah...aku tampalkan poster diaorang kat dinding bilik tidur aku. Lagu yang paling aku ingat ialah "Tonight".



Superhero yang paling aku minat pulak ialah Kesatria Baja Hitam. Sanggup tu...aku ponteng kelas mengaji Qur'an semata-mata nak menonton rancangan ini. Sebabnya, cerita ni akan on air time aku  nak pegi ngaji. Nakal...jangan ikut perangai aku nih!



Selain itu, aku jugak layan cerita yang paling glamer di abad itu iaitu Meoro Attack. Alah...cerita Jepun yang perempuan main bola tampar tuh...takkan tak ingat, kot? Aku ada simpan download lagu daripada siri drama tuh.


Saper-saper yang membesar sama tahun dengan aku, mesti tahu semua yang aku repekkan kat atas. Itulah sebahagian daripada proses pembelajaran buat aku untuk aku meniti tangga kedewasaan. Kalau difikirkan semula, bukanlah menjadi satu kesalahan untuk meminati semua itu. Yang penting, mesti ada pengawasan daripada parents. Sebagai parents, tugas kita bukanlah memarahi anak-anak atas "perkembangan" itu. Tetapi, mengawasi dan memantaunya secara berhemah. Yang penting, perkara yang wajib didahulukan.

(semua pics adalah dari Google)

1 comment:

  1. wa.. mungkin kita sezaman.. cuma sy x suka kesatria baja hitam dan 4u2c.. lain2 sama

    ReplyDelete