Saturday, July 2, 2011

Hari semput sedunia.

Korang pernah kena semput? Bagi sesetengah orang, semput tu adalah keadaan di mana dia susah untuk bernafas. Macam kes aku pulak, semput ni lebih kepada penyakit asma. Lebih kuranglah tu....

Actually, time aku kecik-kecik dulu...aku memang ada asma. Tapi, takderlah sampai tahap kronik. And mengikut kata doktor, asma yang aku hidap ini akan perlahan-lahan hilang apabila aku semakin membesar. AlhamduliLLAH, memang ianya semakin pulih. Tapi, takderlah pulih sepenuhnya. For the time being, penyakit ini akan datang semula apabila aku mengalami batuk yang teruk. Siang ok sket, tapi waktu malam..ianya menjadi  agak tak menyenangkan.

Agak malang apabila penyakit ini turut dihidapi oleh anak perempuan aku, Maryam. Satu hingga dua tahun adalah waktu yang agak kritikal untuk menjaga Maryam. Almaklumlah, air-cond tak boleh selalu dipasang and kalau pasang kipas pun, tak boleh direct ke arahnya. Memang kerap jugaklah si Maryam nih nebulize time kecik-kecik dulu. Dah tak heran...!

Macam malam ni, aku , Maryam and Ibrahim tak berapa sihat. Terutamanya aku dan Maryam. Semput. Ibrahim semput jugak tapi keadaannya masih terkawal. Doktor hanya memberikan ubat untuk mencairkan kahak Ibrahim. Lagipun, si Ibrahim nih akan menangis kalau dipasangkan alat untuk nebulize. Cuma aku dan Maryam sahaja yang doktor sarankan untuk nebulize.

Berkampunglah aku dan Maryam di dalam bilil nebulize tuh. Lepas Maryam habis, turn aku pulak. Itulah aku panggil "Hari Semput Sedunia".






No comments:

Post a Comment