Sunday, July 31, 2011

Teka-teki

Soalannya: Apakah kuda yang termahal?

Jawapannya: tettt.........!


Semalam @ Popeye's

Weekends, adalah hari yang sangat aku suka. Sebabnya, banyak kerja rumah yang boleh aku langsai. Dan, sebenarnya aku sangat suka spend masa kat rumah. Itu kalau aku mementingkan diri sendiri. Iyelah...kesian kat anak-anak aku dok rumah jer. Dah lima hari terperap kat rumah, terutamanya si Ibrahim. Sebab, dia tak sekolah lagi. At least, si kakak ke sekolah pada sebelah pagi.

Kadang-kadang, sampai satu tahap...aku tersangatlah buntu nak pegi mana. Dok KL nih, berjalan sket semuanya pakai duit. Bilalah nak saving. Jeles aku tengok kekawan aku yang keje kat Kedah, Perak...boleh saving banyak. Rumah pun murah. Kalau setakat RM150K-RM200K, memang confirm dapat rumah yang  best-best. Kat KL nih, apartment pun dah RM150K!

Ooo...berbalik kepada tajuk entri, Sabtu lepas aku tak bercadang langsung nak keluar. Husband aku ada jugakla bagi hint nak pi makan durian kat R&R Sungai Buloh (restoren jejantas). Kat sana ada buat pesta makan durian. Durian kan, favourite husband aku. Bukan aku taknak pegi. Tapi, kerja rumah yang berlambak dan menimbun. Memang pantang aku kalau keluar berjalan-jalan, kerja rumah tak settle. Macam mana pun, kerja rumah kena settle dulu, then only nak pegi mana pun takpe.

Kekonon, nak keluar pagi untuk pesta makan durian. Postponed ke sebelah petang. Petang pun tak jadi keluar sebab si Ibrahim pulak tidur. Alih-alih, aku ajak husband aku keluar malam. Tanpa arah tujuan, takder plan nak pegi mana. Husband aku attached Smart Tag, terus menghala ke Sunway. Kitaorang cubalah cari any food stalls kat sana for dining. Jam dah menunjukkan pukul 8.30 pm.

Sampai kat sana, we're decided to have our dinner at fast food restaurant. KFC, McD, Pizza Hut..boring. Wendy's pulak tak sedap. Tetiba terpandang this restaurant. Tipikal fast food restaurant jugak. Ada fries, fried chicken etc. Tapi, yang aku nak highlight kat sini ialah rasanya. Fried chicken sedap, fries pun aku suka and ada chicken wings. Nasi pun ada and rasanya pun sedap. Kat sini, menunya terbahagi kepada dua iaitu chicken and seafood. So, we have extra choices.


Fried chicken

Chicken wings

Nasi with dowry fish.

Fries



Wednesday, July 27, 2011

Ice Room

Malam tadi, lepak dengan my buddy kat Ice Room, Kajang. Kajang...sanggup tuh...! Ditemani jugak dengan family aku. Actually, she's my old colleague. Dia ada training kat UNITEN, Bangi. Itu yang kitaorang jumpa kat Kajang. Best jugak lepak kat Ice Room nih, if you are craving for the desserts! Banyak cawangan Ice Room nih. You can search online. Yang aku tahu, one is located in Kota Damansara.








CHELSEA...CHELSEA...!

Tertunai jugak hasrat husband aku nak tengok team favourite nya, Chelsea beraksi. Segala mimpi-mimpi indah sudah tertunai. Tapi, aku tak pegila sebab, 1st...aku tak minat soccer and 2nd....I'm taking care of my children. Husband aku pegi dengan adik aku, Ateh. Sebabnya si Ateh nih memang layan bola sepak. Her favourite team is Liverpool, actually. Tapi, time Liverpool bertandang...takder orang nak temankannya. Terpaksalah dia layan jugak Chelsea. Nasib baik ada Torres, her favourite player.  Siap ambik half-day leave lagi. Pukul 3, dah terpacak kat Stadium Bukit Jalil.

 





Layan jer...lah!

Dah buntu nak pi mana last Saturday, aku decided bawak anak-anak aku lepak kat Kosmo World, Berjaya Times Square. Aku tak minat sangat nak main benda-benda alah nih....buat pening kepala jer. Dah lah...sekarang nih, tido pun tak pernah nak cukup. I wish I will get 8 hours sleeping times!

Pegi time weekend, the ticket prices mahal la sket. 2 adults and 1 kid, it's cost RM101. Si Ibrahim tak charge sebab still dalam kategori "infant". Nak tergelak aku tengok Ibrahim pakai tag "INFANT". Terasa rindu pulak time Ibrahim baby dulu.

Of course, kalau bawak kids...bukan semua tempat boleh main. Terhad. For sure, level for adults tak boleh masuk. Dah tu pulak, bukan semua games for kids yang si Ibrahim ni boleh main. Ikut ketinggian. So, for them...enjoy. But, for me and my husband...to be honest, takderlah enjoy sangat main those games. BUT...WE ARE ENJOY SEEING OUR KIDS' ENJOYMENTS!













Tuesday, July 26, 2011

Kusiram, kubaja dan kujaga.

Entah betul entah tidak, ayat-ayat aku kat atas tu. Tapi, faham..kan? Then, ok lah. That day, aku terbaca pasal hobi baru si mama aleesya-mimin (http://www.aleesya-mimin.blogspot.com/)  iaitu gardening. Terasa pulak aku nak share pasal gardening nih. Because, gardening is actually my hobby.

Aku ada jugaklah belajar pasal gardening and landscaping time study dulu. Tapi, tak mendalamlah sebab I am more to the buildings. Minor subjek jer. Tahulah sikit-sikit. Kalau nak bercucuk tanam atau gardening, mesti kita akan terfikirkan tanah yang luas. That's the main factor for gardening. Dalam landscaping, ada taman kejur dan tak kejur. Kejur means "non-living things". Kalat garden kita dihiasi dengan pokok-pokok, bunga-bunga etc...itu namanya laman tak kejur. Kalau garden kita banyak dihiasi dengan aksesori, itu namanya laman kejur. Itu cara mudah yang dapat aku describe kat sini.

And, tak semestinya for pemilikan rumah jenis Strata nih...tak boleh bercucuk tanam. For example,yang dok condo,apartments or flat. Selagi ada kemahuan, semuanya boleh buat. Dulu, aku malas jugak nak bercucuk tanam nih. Then, mak aku selalu bagi aku pokok time aku balik Kedah. Siap dengan pasu-pasu lagi. Pokok yang satu itu aku belai dan kujaga dengan teliti. And, kebetulan pulak pokok yang mak aku bagi tu...adalah dari jenis indoor. From that day, aku dah mula jatuh hati untuk menanam pokok. Kebetulan pulak, rumah aku kat Sungai Buloh. Seperti yang korang semua tahu, Sungai Buloh nih...memang well known dengan nursery atau tapak semaian pokok.

Macam kes aku, pegi jer...kat sana and asked for the indoor plant. Rumah macam aku, pokok jenis indoor jerlah yang sesuai. Jangan menggatal tangan pulak nak beli yang jenis outdoor. Senang jer...nak jaga. Aku hanya perlu menyiramnya sekali dalam seminggu. Mengikut pengalaman aku la....pokok-pokok jenis indoor hanya memerlukan kuantiti air yang sederhana. Kalau kurang air, daunnya akan menjadi layu dan kalau terlebih air pulak...daunnya akan menjadi kekuningan.

Semenjak aku menanam pokok-pokok nih, jiran tetangga aku pun suka juga. Kata diaorang (bukan aku yang kata), balik keje tengah stress dan letih...tengok pokok-pokokku yang menghijau....terus jadi segar. He...he...ok jugaklah tu kalau mendatangkan benefits pada yang lain.






Thursday, July 21, 2011

Termimpi-mimpi...

Aku dapat rasakan perasaan yang sedang ditanggungnya sekarang. Rasa excited, sedih, terharu etc. Semuanya bercampur-baur. Tak terungkap oleh perkataan. Mungkin sekarang, dia sedang membilang detik-detik terindah yang akan dilalui tidak lama lagi. Penantian yang ditunggu-tunggu selama ini akan membuahkan hasil. Hasil yang akan dapat dirasai pada malam ini.

Aku dapatkan rasakan yang malam-malamnya dihiasi dengan mimpi-mimpi indah. Seindah bunga-bunga yang mekar di taman. Dan, aku tahu warna kegemarannya sekarang ialah warna biru. Biru yang menawan, bak air di laut. Sesejuk mata yang memandang, mendamaikan hati dan perasaannya.

Mungkinkah inilah monolog yang berlagu di hati cik suamiku sekarang...?



Monday, July 18, 2011

Ketika aku...

it's such a cold night and it's so dark
walking down the streets of memories
I'm here all alone with no one by my side
it's only me thinking of You with hands full of sins
O' Allah here I come
O' Allah I'm crying for forgiveness although I have betrayed You
so many times in the past
O Lord it's so fair for You to punish me



in the morning light on a sunny day
crying happy tears 'coz I'm free
I need You to guide me, protect me
don't ever leave me
strengthen my faith light up my heart
with the lights of Iman
O' Allah I want to thank You for saving me
O' Allah thank You for giving me hope
I promise You I won't betray You anymore O' Lord
I hope You'd always guide me and lead me to happiness
with the ones You love together in Paradise

(a big thank to the Brothers)

Sunday, July 17, 2011

Sending back ibu & abah...

Parents aku datang sini on last Thursday. Bukan untuk leisure, shopping etc. Datang berhajat, hantar kereta kat adik aku, Cik Lah. Almaklumlah, si Cik Lah ni baru start keje. Takder transport nak bergerak. Bapak aku belikan dia kereta.

Bila nak balik ke Kedah, terpaksalah ibu and abah aku naik flight. Kitaorang booked fireflyz, senang sket. Sebabnya, airport dekat dengan rumah aku. Tak kuasa nak ke LCCT, jauh. Fireflyz...it's just nice. Tapi, harga tiket boleh tahan jugaklah. Kalau nak compare dengan Air Asia, both lebih kurang jer. Saper kata Fireflyz murah bangat...!

Forget about the flights. Bukan itu yang aku nak cerita kat sini. Aku nak bercerita pasal perangai ibu aku. For your info, ibu aku nih jenis yang sangat "touching" habiss! Kadang-kadang, aku nak tergelak jugak. Time checking the luggages tu, mak aku ok lagi. Masih ceria, siap ambik-ambik gambar lagi. But....sampai jer kat gate nak depart, kitaorang bersalam-salaman dan bercium-ciuman. Ibu aku nih...dah nampak lain. Mata dah bergenang dengan airmata. Tunggu nak jatuh jer....aku nih pulak tak boleh tengok orang nangis. Kang aku nangis sama-sama. Cepat-cepat aku usik ibu aku, "Ibu...nih, nak balik Aloq Setaq ja....bukan nak pi Mekah pun...". Tersenyum-senyum ibu dan abah aku.


Itu yang mata kasar aku lihat pada ibu aku. Sebagai seorang anak, aku tak mampu menyelami apa yang ibu aku fikirkan dan rasai. Hati seorang ibu takkan sama dengan hati seorang anak. Aku juga mempunyai anak. Korang juga mempunyai anak. Kadang-kadang, bila aku pandang wajah ibu aku....aku selalu terfikir, apa yang ibuku fikirkan. Apakah hatinya dipenuhi dengan wajah-wajah anak-anaknya? Aku yakin yang ibuku selalu memikirkan anak-anaknya. Setiap ibu juga akan berfikiran begitu. Baginya, kebahagiaan anak-anak adalah kebahagiaan buat dirinya.



Cuma yang aku takut ialah adakah aku mampu untuk memberikan secebis kebahagiaan buat ibuku?

Sunday, July 10, 2011

Idola-idolaku...!

Seperti remaja-remaja yang lain, aku ada jugak idola time muda-mudi dulu. As usual, kebanyakkan idola pada waktu ini adalah dari kalangan artis. Umur masih mentah, tak pandai lagi nak bezakan antara baik dan buruk. Janji idolaku ini hensem dan bergaya. Faktor lain tolak tepi dulu. He...he...he...

Kalau zaman sekolah rendah dulu, aku sangat suka kepada penyanyi dan pelakon daripada Hong Kong. Time tuh kan, tengah dok glamer dengan cerita-cerita daripada Hong Kong. Seingat aku, takkan lepaskan peluang untuk menonton drama kantonis setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6 pm di TV3. Drama yang paling aku ingat ialah "Rain In The Heart" lakonan Leon Lai. Since from that day, aku mula meminati Leon Lai. Aku tampalkan gambar-gambarnya kat dinding bilik tidur aku. Dah puas dah, abah aku memarahi aku pasal nih. Tapi, macam selalulah...berbuih dan berjuih mulut abah aku menegur aku. Aku diam jer...tak melawan. Selain Leon Lai, aku jugak meminati Aaron Kwok dan Jimmy Lin. Bila teringat  balik, nak ketawa terkekeh-kekeh aku dibuatnya. Sebab yang aku minat tuh....semuanya bermuka jambu jer! Alah...macam sekarang ni lah, budak-budak dok tergilakan Koreans! K-pop lah....apa-apa Pop lah...!

Leon Lai

Aaron Kwok

Jimmy Lin


Kalau footballer pulak, aku sangat sukakan Abbas Saad. Alaaa....pemain bola Singapura yang berasal daripada Lebanon. Hensem tuh...! Ha...ha...ha...kalau ada game yang melibatkan dia, mesti aku tak lepaskan peluang untuk menontonnya. Tapi setakat kat TV jerlah....! Sekarang si Abbas Saad nih dah jadi sport presenter kat ESPN.


Kalau local artis pulak, aku sangat meminati kumpulam 4U2C dan KRU. Time tuh kan, dua group ni tengah popular tahap gaban. Sampaikan aku sanggup tubuhkan kumpulan "4U2C" sendiri time sekolah rendah dulu. Aku angkat geng lah! Aku jadik AC Mizal...poyo gilerrr...!



 

Itu artis tempatan, artis "negeri omputih" pulak, aku meminati kumpulam New Kids On The Block. Sama jugaklah...aku tampalkan poster diaorang kat dinding bilik tidur aku. Lagu yang paling aku ingat ialah "Tonight".



Superhero yang paling aku minat pulak ialah Kesatria Baja Hitam. Sanggup tu...aku ponteng kelas mengaji Qur'an semata-mata nak menonton rancangan ini. Sebabnya, cerita ni akan on air time aku  nak pegi ngaji. Nakal...jangan ikut perangai aku nih!



Selain itu, aku jugak layan cerita yang paling glamer di abad itu iaitu Meoro Attack. Alah...cerita Jepun yang perempuan main bola tampar tuh...takkan tak ingat, kot? Aku ada simpan download lagu daripada siri drama tuh.


Saper-saper yang membesar sama tahun dengan aku, mesti tahu semua yang aku repekkan kat atas. Itulah sebahagian daripada proses pembelajaran buat aku untuk aku meniti tangga kedewasaan. Kalau difikirkan semula, bukanlah menjadi satu kesalahan untuk meminati semua itu. Yang penting, mesti ada pengawasan daripada parents. Sebagai parents, tugas kita bukanlah memarahi anak-anak atas "perkembangan" itu. Tetapi, mengawasi dan memantaunya secara berhemah. Yang penting, perkara yang wajib didahulukan.

(semua pics adalah dari Google)